"PAS sememang diperkuda dalam Pakatan Rakyat" |
Tarikh 4 Disember 2011 didalam lidah suara interaktif PAS,Harakah Daily ,Hj Hadi mengakui kebenaran kata-kata Dato' Seri Najib yang selama ini PAS sedang "diperkuda" oleh rakan partinya sendiri dalam pakatan rakyat.
Ini sudah jelas bahawa perjuangan PAS telah dikawal selia oleh rakan partinya iaitu DAP apabila semua keputusan PAS berkaitan islam perlu merujuk kepada parti itu termasuklah baru-baru ini dalam isu hudud.PAS walaupun ia parti lebih senior dari DAP dan PKR ,namun segala keputusan PAS terpaksa akur mengikut telunjuk DAP dan PKR.
Kalau Hj Hadi kata UMNO diperlembu lebih teruk dari PAS diperkuda,KP nak tanya kepimpinan PAS ,Di dalam Pakatan Rakyat ,parti mana yang lebih dominan dan berkuasa yakni sebagai tunjang utama suara Pakatan Rakyat untuk menentukan segala keputusan???Jika di dalam BN,UMNO tunjang utama yang menjadi ketua gabungan parti-parti kompenan BN dan segala keputusan tertakluk diatas budi bicara dan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional iaitu Dato' Seri Najib bersama ketua-ketua parti komponen.Jadi yang ini sudah jelas menunjukkan ,kuasa membuat keputusan paling tertinggi dalam perntadbiran negara masih didalam genggaman orang-orang Melayu .Jika didalam Pakatan Rakyat,kuasa membuat keputusan selalunya dipengaruhi hebat oleh DAP chauvanis cina dan PKR kerana PAS dilihat sangat lemah dibawah pimpinan Hj Hadi yang terlalu tunduk atas desakan DAP dalam segala keputusan yang dibawa didalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.Anwar Ibrahim yang sememang diketahui akan akur kepada segala perintah dan desakan DAP dalam membuat keputusan kerana segala rahsia-rahsia dia ada di dalam kocek DAP sahaja.
Jadi jika dilihat dalam Pakatan Rakyat,DAP dan PKR lebih kuat suara mereka didalam menentukan keputusan sedangkan PAS hanya mengikut ibarat "lembu dicucuk hidung".Kalau betul Hj Hadi kata UMNO diperlembu,Siapa yang memperlembukan UMNO??Adakah MCA,MIC,PPP,dan parti kompenan lain yang memperlembukan UMNO???Tidak,tiada siapa yang memperlembukan UMNO!!!
Bahkan PAS lah yang diperkuda dan diperlembu sedemikian rupa oleh rakan sebantalnya sendiri dalam Pakatan Rakyat.Jadi memang betullah pengakuan dari mulut Hj Hadi sendiri bahawa PAS sebenarnya kini sedang diperkudakan dalam Pakatan Rakyat.
Kalau jadilah Pakatan Rakyat memerintah negara,dimana lah agaknya suara PAS dalam pentadbiran negara kerana jika sebelum memerintah pun PAS terlalu tunduk dan takut,bagaimanalah agaknya nasib orang-orang Melayu di bawah apabila suara PAS begitu kerdil dan "kemere" kata orang kedah dalam Pakatan Rakyat.Apabila kuasa membuat keputusan tertinggi didalam kerajaan tidak dimiliki oleh orang-orang Melayu maka orang melayu bakal dipijak-pijak oleh chauvanist cina DAP seperti mana yang mereka buat kepada orang-orang Melayu semasa peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.