Friday, December 2, 2011

Datuk Musa Balun Anwar Dalam Perbahasan Di Dewan Merdeka


Pagi  ini perwakilan UMNO P.Pinang menghangatkan Dewan Merdeka serta menarik perhatian semua perwakilan .  Gelagat Datuk Musa Sheikh Fadzir , Timb Pengerusi BPUNPP  ketika membahaskan ucapan terima kasih dasar Presiden serta celoteh Pengerusi Tetap memang menarik .

Menarik perhatian GPB ialah tentang gelaran pelakon Bollywood kepada Anwar Ibrahim yang hanya pandai berjanji sebelum pilihanraya .

"Datuk Seri Anwar Ibrahim ...tak payah bohong , orang tahu siap Datuk Seri Anwar Ibrahim .. dia tidak pernah tolong rakyat  P. Pinang pun..dia cakap sahaja dulu  ,  dia kata kepada orang India bahawa jika Pakatan Rakyat menang Kg Buah Pala akan kekal , 

Tipu orang India hidup-hidup "  Sekarang tinggal buah pala sahaja  " kata beliau ketika memberi ucapan terima kasih Presiden



Isu calon luar yang tidak menghormati ‘tuan rumah’ dibangkitkan UMNO Pulau Pinang melalui wakilnya Datuk Musa Sheikh Fadzir yang membahaskan usul ucapan Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, pagi Jumaat.

Katanya, tidak salah kalau calon luar dipilih Presiden UMNO bertanding tetapi ‘berilah salam’ kepada tuan rumah.

“Ini tidak, kerana calon PM, mereka mai tak jumpa ketua bahagian, tak jumpa ketua wanita. Bawa orang-orang sendiri, ada yang lelaki pakai rantai dan gelang... masuk kampung pula pakai kot dan tai,” katanya.

Malah menurut Musa, ada juga calon yang perjuangan UMNO pun mereka tidak tahu.

“Bawalah calon luar tetapi berilah salam masuk rumah orang. Kalau tak, macam mana dia nak dapat sokongan,” ujarnya.

Selain itu, beliau mencadangkan ditubuhkan Jawatankuasa Disiplin Pilihanraya bagi mengenalpasti calon-calon yang akan bertanding bukannya golongan pembelot atau pengkhianat parti.

Menurut, parti perlu calon yang benar-benar bersih dan setia kepada parti supaya boleh menang dalam pilihan raya.

Beliau kecewa kerana tidak ada tindakan diambil terhadap golongan terbabit malah ada dicalonkan semata-mata memegang jawatan Ketua Bahagian.

Katanya, dengan adanya jawatankuasa disiplin ini, bolehlah disiasat calon-calon terbabit dan diambil tindakan.

Musa turut membawa keluhan rakyat Pulau Pinang sejak negeri itu dikuasai kerajaan DAP.

“Kami seksa dah, kami nak menang di Pulau Pinang. Orang Melayu perlu kembali kepada UMNO,” ujarnya.



Sumber : Generasi Pejuang Bangsa

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.