Friday, December 2, 2011

Ustaz Zaharuddin Beri Kritikan "Sayang" Kepada Ustaz PAS



Ustaz Azhar Idrus perlu terima dengan hati yang terbuka kritikan daripada golongan  asatizah dan ulama yang lain akibat keceluparan mencerca dan menyesatkan Ulama Muda UMNO dan melabelkan dengan kata-kata yang kesat dan tidak baik yang sepatutnya tidak digunakan sebagai seorang daie' dalam berdakwah kepada masyarakat.Kritikan seperti ini sepatutnya juga diberikan kepada sebahagian besar ustaz-ustaz di dalam PAS termasuklah beberapa ulama pemimpin tertinggi PAS yang menggunakan platform agama untuk kepentingan politik peribadi mereka sehinggakan sanggup menyesatkan dan paling teruk mengkafirkan lawan mereka sendiri yang merupakan saudara seagama  sendiri.

Ulasan Kritikan:

Penjelasan:Mesej buat al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus dan sahabat-sahabat yang menyayangi Ust Azhar.Assalamualaikum wb.Saya wallahi tidak bersetuju dengan sebahagian pandangan --pandangan Ulama' Muda UMNO (ILMU) dalam hal politik siyasah. Tujuan saya lahirkan video ini adalah untuk menegur al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus kerana menurut keyakinan saya Ustaz telah melakukan kesilapan apabila bertindak menyesatkan Ulama' Muda UMNO kerana menyertai UMNO sebagai parti sekular dan mengharamkan demonstrasi.Saya mahu menjelaskan tindakan ILMU menyertai UMNO bukanlah kerana menurut hawa nafsu dan bukanlah kerana mengharapkan jawatan besar, kerusi empuk atau kereta mewah. Tapi semuanya kerana satu, iaitu kerana dalil dan nas. Kedapatan beberapa dalil yang menunjukan perlunya seorang Muslim itu bersama-sama dengan pemerintah. Kedapatan juga beberapa sebab kenapa demonstrasi BERSIH itu haram di sisi Islam.Fahamilah, kita berbeza dengan ILMU kerana aliran kita yang berbeza. Kita menerima ijtihad Ulama'-ulama' Ikhwanul Muslimin. Saya beri contoh hadith A. Hadith A ditafsirkan oleh ulama' X sebagai makna sekian-sekian. Tapi Hadis yang sama ditafsirkan oleh Ulama' Z adalah berbeza daripada ulama' X. Inilah berlaku antara manhaj ulama' Ikhwan (yang menjadi aliran PAS) dengan manhaj ulama' muda UMNO (yang kebiasaannya menguna pakai aliran Ulama' Saudi). (Perbezaan sekitar perkara Fiqh Siyasi).Itu pun tak pernah sekalipun ILMU menyuruh mengundi UMNO kerana mereka berkecuali dalam hal itu. Oleh sebab manhaj mereka mesti tetap bersama pemerintah, mereka juga kata sekiranya kelak PAS menjadi pemerintah, mereka akan bersama-sama PAS. Sebab itu saya berpesan janganlah mudah menyesatkan Ulama' Muda UMNO kerana tindakan mereka adalah berdalil. Kalaupun kita nak kata sangat (kalau), katakan saja mereka mengamalkan politik siyasi yang ketat pandangannya. Tapi jangan menyesatkan mereka. Itu pun dah keterlaluan dan menyakiti. Pada saya, cukup kita mengatakan itu pandangan mereka kita hormati. Kita ada pandangan kita dan kita yakini pandangan kita. Perbezaan pandangan kita raikan.Saya harap tindakan saya difahami semua orang. Saya bukan kritik UAI tapi kritik pendekatan UAI saja. Hentikanlah cuit mencuit dikalangan kita. Tak baik untuk dakwah Islam di Malaysia. Syiah bertepuk tangan tengok masyarakat Sunni berperang satu sama lain. Untuk menerangkan perkara yang betul, kita mestilah menggunakan model yang betul. Diberikan maklumat tentang yang betul sahaja, sehingga orang terdorong untuk melakukan perkara yang betul.Wallahu'alam.Semoga barokah Allah buat Ustaz Azhar Idrus Hafizahullah, al-Fadhil Ustaz Fathul Bari, Dr.Fadhlan Othman, Ust Rasul Dahri, Dr.Zaharuddin Abd Rahman, Dr.Zahazan, Dr Abd Basit, Ust Saiful Islam, Dr Farouk Musa, Dr Mahmood Zuhdi, Maulana Asri, Dr Johari Mat, Dr Khairuddin at-Takkiri, Tuan Guru Abd Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abd Aziz, Ustaz Aizam Mas'od, Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, Ust Don Daniel, Ust Badlishah, Tuan Guru Dr. Haron Din, dan para asatizah Malaysia dan luar. Amin.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.