Berita ini pasti akan membuatkan Khalid Samad berang dan tidak berpuas hati kerana usahanya untuk membunuh karier politik Dr. Hassan Ali terganggu dek sokongan dan pembelaan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang sanggup berdiri dibelakang Dr. Hassan Ali demi perjuangan beliau untuk perpaduan umat dan agama. Pasti selepas ini ,dengan Nasrudin Tantawi pun Khalid pasti bercakaran dan berlaku krisis antara pemimpin di dalam PAS yang sememang diketahui si Khalid ini merupakan ejen puak edrogan di dalam PAS yang bertanggungjawab untuk mengucar-kacirkan kepimpinan Ulama dan digantikan dengan golongan pemimpin yang lebih terbuka dan liberal pemikirannya .Tujuannya untuk membiarkan PAS lebih tunduk dan melutut kepada rakan partinya DAP dan PKR dalam membuat sebarang keputusan kepentingan politik dalam pakatan mereka.
Sebab itulah, Dr. Hassan Ali tidak dapat berkompromi lagi dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin menidakkan hak-hak dan kepentingan bangsa melayu dan agama islam.Ini memang diakui sendiri oleh Dr. Hassan Ali.Jadi ,segala usaha Dr. Hassan Ali untuk menjaga dan memelihara kepentingan ini telah membuatkan orang lain tidak senang duduk termasuklah di dalam pemimpin pakatan rakyat yang bukan islam dan kepimpinan PAS Selangor yang dengki akan mileage politik Dr. Hassan Ali.
Pemimpin PAS sendiri semakin sudah tidak percaya lagi akan perjuangan islam yang cuba dibawa oleh Kepimpinan tertinggi PAS kini yang sudah jauh lari dari matlamat asal penubuhan PAS itu sendiri.Hudud sudah kemana,Negara Islam pun sudah dibakarnya,kini tinggal hanya slogan kebajikan sahaja buat PAS dan bukannya islam.
Tahniah kepimpinan Hj Hadi, berjaya membuatkan PAS kini telah jauh dari sisi pandang Islamic party kepada Welfare party!!! PKR dan DAP sangat suka kepada ini..
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.