Kesian rupanya Dr. Hassan Ali,Naib Presiden PAS sendiri pun sudah meluat keberadaan Dr. Hassan Ali di dalam PAS.Mahfuz Omar di dalam Malaysian Insider[klik sini] berkata Hassan Ali boleh meninggalkan PAS dan sertai UMNO jika mahu. Ini menambahkan perisa bahang isu kemelut dalam kepimpinan PAS kini yang dilihat beberapa pemimpin PAS bangun dengan lantang mengkritik kepimpinan tertinggi PAS.
Sememangnya di dalam PAS sendiri ada berlaku permusuhan diantara pemimpin parti yang tidak senang dengan agenda mereka yang cuba diganggu gugat oleh segelintir pemimpin yang lantang memperjuangkan islam dan melayu seiringan di dalam PAS.PAS cuba menutup krisis ini tetapi akhirnya ia membusuk sehingga terkeluar kenyataan dangkal dari Naib Presiden PAS sendiri menghalau Dr. Hassan Ali keluar parti dan sertai UMNO kerana dia ibarat duri dalam daging buat pakatan rakyat.Sahlah, kepimpinan tertinggi PAS tidak menyenangi Dr. Hassan Ali.
Beberapa blogger pembangkang sendiri pun yang benci dan anti akan perpaduan melayu mengkritik Dr. Hassan Ali dengan tulisan mengeji dan mencaci beliau kerana kononnya menjadi ejen UMNO di dalam PAS dan Pakatan Rakyat dan menjadi api dalam sekam kerana memperjuangkan nasib anak bangsa sendiri dan islam.
Justeru, KP tetap dengan pandangan yang sama merasakan sudah tiba masanya Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin keluar daripada PAS dan masuk UMNO untuk memberi tamparan hebat buat Kepimpinan PAS yang sewenang-wenang ingin mencantas kedua-dua tokoh ini di dalam politik.Biar PAS terus diberi mimpi ngeri sehingga PRU-13 ini supaya ini memberi pengajaran kepada mereka yang terang-terang telah menukar prinsip perjuangan yang dipegang demi segenggam kuasa yang belum tentu dapatnya lagi.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.