Thursday, December 15, 2011

PANAS !!! Bob Lokman Disekolahkan Semula Oleh Nasrudin Tantawi ??


Hebat sungguh lakonan Ketua Pemuda PAS ,Nasrudin Tantawi dan anak Nik Aziz dalam rakaman video pendek penjelasan tentang hudud.Rupa-rupanya ada juga bakat terpendam orang-orang politik nie dalam lakonan.

Katanya video pendek ini merupakan jawapan penjelasan hudud untuk video sembang rakyat yang dikatakan amat kontroversi itu.

Walaupun secara peribadi,KP rasa penyampaian jawapan Hudud itu oleh Nasruddin Tantawi dan Nik Abduh lebih baik dan tenang,cuma yang tak best tue Bob Lokman yang macam over acting dan terhegeh-hegeh sangat,almaklum la lama dah tak bergelumang dengan industri lakonan nie,syok duk ceramah ,kafir sana kafir sini.

Tetapi terdapat sedikit kontroversi dari segi jawapan hudud untuk bukan islam ,kata jawapan pelakon dalam video ini,hudud hanya tertakluk kepada yang beragama islam sahaja,yang bukan islam dan kafir ,hukuman dijatuhkan ikut kitab kafir.Yang nie KP rasa jawapannya tak berapa nak kena sebab kalau ikut sirah Nabawiyyah,zaman Rasulullah S.A.W sendiri melaksanakan hukum hudud terhadap islam dan bukan islam .

Jadi ,KP agak pelik dengan jawapan ustaz yang berkata sedmikian padahal mereka ini berkelulusan agama yg tinggi.KP memetik beberapa pandangan ulamak mengenai pelaksanaan hudud ini juga tertakluk kepada islam dan bukan islam tanpa prejudis dan berdasarkan kepada keputusan Hakim
yang mengadilinya

Ibn Taimiyyah di dalam kitab beliau SIYASAH SYAR'IYYAH pada bab 'Hukum dan  Hak-hak Allah' menyatakan:

Hukuman harus dijalankan secara adil tanpa pandangan bulu, pada seluruh lapisan masyarakat; pada orang terpandang,dan kelas sosial yang lebih rendah, mahupun orang yang miskin. Kewujudan hukuman harus tetap dipertahankan dan dijaga kemurniannya daripada segala jenis penyuapan (rasuah), saranan atau pengaruh-pengaruh dari pejabat tertentu dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang mengabaikan kemurnian nilai-nilai hukum, padahal dia mampu menegakannya, baginya laknat bagi Allah, malaikat dan seluruh umat manusia. Allah Taala tidak mengenal adanya penggantian dan upaya untuk surut daripada penerapan hukum kerana dengannya, identik menjual ayat-ayat Allah dengan harga murah (muka surat 88-89)

Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya,Al Ahkam Al Sulthaniyyah dalam bab zina dan rejam menyatakan:

Untuk dihukum rejam, seseorang tidak disyaratkan beragama Islam. Jadi, orang kafir pun direjam seperti halnya orang Muslim.

Imam Abu Hanifah pula berkata:

"Hukuman potong tangan berlaku bagi pencuri lelaki dan wanita, orang merdeka dan hamba sahaya, orang Muslim dan orang kafir. Jika anak kecil mencuri, tangannya tidak dipotong. Jika orang yang tidak sedarkan diri mencuri, dia tidak dipotong tangannya. Jika hamba mencuri kekayaan tuannya, tanganya tidak dipotong. Jika seorang ayah mencuri kekayaan anaknya, tangannya tidak dipotong.” (muka surat 375)

Jadi, islam sebenarnya amat mementingkan keadilan dan Allah Maha Adil terhadap hamba-hambanya.Justeru ,terpulang la kepada diluar sana yang menilainya,tontonlah video ini ,yang mana baik kita ambil iktibar ,dan yang mana kurang itu kita tegur secara berhemah.

4 comments:

  1. Ustad2 Pas dlm video ni sebenarnya tertinggal nak kata hudud ni tak apply kat ahli dun dan parlimen pas dan PKR yg berzina dan berkhalwat.Masayallah.

    ReplyDelete
  2. Nak tambah.Kaum2 PAS dan PKR hari2 fitnah kat org muslim yg tak percayakan kpd aliran mereka.apa hukumannya?potong lidah?penyakit sosial yg teruk sebegini tak nak pulak puak2 pas perbetulkan.

    ReplyDelete
  3. Perjuangan Islam bukan saja hudud.Skrg yg lebih penting dari segi segala ilmu Islam sudah jauh tertinggal. Maka wajiblah PAS memajukan ilmuwa2 islam dari segala segi ugama, sains, politik,ekonomi dan sosial.Berapa ramai cendiakawan islam dan buku2 rujukan dan kajian impak tinggi islam yg telah dihasilkan oleh PAS? Bila masayarakat sudah terdidik dan dididik dgn sempurna barulah kita dapat bercerita pada hukum dan hakan secar syumul

    ReplyDelete
  4. Saya nak banding antara keislaman nik aziz dan ayah saya. ayah saya hanya seorg islam yg miskim mampu menyekolahkan dan menghantar kesemua 7 orang anak2nya ke universiti di dalam dan diluar negara. tak pernah dia menyalahkan pihak mana2 samada kerajaan dan pas ttg kesusahannya.Padanya ilmu dan amal yg baiklah yg terpenting dan mampu menyekolahkan minda seorang insani secara yg betul.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.