Monday, December 19, 2011

Najib Razak Bakal Berdepan Perang Dari Mahasiswa Pencacai Anwar


Itu amaran yang diberikan oleh kumpulan pelajar universiti yang teruja kerana perhatian yang diberikan oleh rakyat Malaysia atas kejayaan mereka menurunkan bendera berwajah Najib di PWTC dan digantikan dengan bendera mereka sendiri.

Bimbang dengan bahang dan 'ancaman terhadap masa hadapan' Adam Adli, kumpulan pelajar itu yang rata-ratanya merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim dan DAP tetapi masuk universiti kerana dasar-dasar yang diperjuangkan oleh UMNO, mereka cuba mengugut kerajaan dan Najib Abdul Razak.

Kata mereka, yang menurunkan bendera itu bukannya Adam Adli seorang, sebaliknya 400 orang peserta demonstrasi yang lain. Dengan kata lain, konon-kononnya itu adalah solidariti dan kesatuan para pelajar yang tidak peduli dengan pelajaran tetapi lebih peduli dengan politik. 

Mereka mendesak agar AUKU ditarik balik agar memudahkan mereka berpolitik sepanjang masa dan apabila keciciran dalam pelajaran, mudahlah mereka melompat masuk ke dalam parti politik untuk menjadi pemain politik sepenuh masa.

Kejayaan menurunkan bendera berwajah Najib dengan dibantu oleh Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sebenarnya telah memberikan semangat yang luar biasa besarnya kepada pelajar-pelajar tersebut. Kebebasan mereka sehingga mereka mampu menurunkan bendera tersebut, membuatkan mereka berasa lebih mampu untuk menggerakkan kekacauan dan kemudaratan kepada rakyat Malaysia yang lain, sekiranya kehendak mereka tidak dituruti.

Suka atau tidak, Najib perlu memikirkan semula kaedah-kaedah yang lebih baik, seperti mana SPR mengikut kehendak Ambiga dan kumpulan BERSIH 2.0 dengan penggunaan dakwat kekal 'bagi mengelakkan mengundi berulang'!!!-The Flying Kick

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.