Betul apa kata Tun Mahathir apabila beliau bercakap mengenai soal Mahasiswa melayu yang ghairah dan berlebih-lebih dalam berpolitik.Jika dilihat kepada mahasiswa bangsa lain seperti cina dan india,mereka lebih tidak lah seghairah mahasiswa melayu yang gila berdemontrasi dan seronok bertempik riuk.
Kalau dilihat pada demonstrasi di PWTC yang dibuat oleh NGO Kumpulan Mahasiswa,mahasiswa melayulah yang paling ramai sekali dan mahasiswa banga lain yang boleh dikira dengan jari sahaja.Mahasiswa melayu lebih suka turun kejalanan kononnya menuntut kebebasan itu dan ini tetapi mereka tidak mengerti bahawa mereka sudah menjadi anjing-anjing suruhan pengkhianat negara.
Mahasiswa melayu jika dilihat di universiti sangat giat berpersatuan ,itu sangat baik kerana dapat mengasah bakat kepimpinan,tetapi yang dibimbangkan apabila persatuan-persatuan seperti ini yang kononnnya menjadi suara mahasiswa di universiti disalahgunakan apabila menjadi kuda-kuda orang yang berkepentingan untuk mendesak kerajaan .Kesian melihat mahasiswa terus ditipu dan diperdaya oleh anasir-anasir luar yang menyusup masuk dalam NGO di universiti.Mahasiswa bangsa lain sibuk mengejar pencapaian akademik yang baik tetapi mahasiswa melayu buku entah kemana,scroll ijazah pun entah kemana akibat ghairahnya dalam politik dan protes jalanan.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.