Wednesday, December 28, 2011

Ostad Azizan Angkuh: Isu Merobohkan Madrasah Salihiah Untuk Pembinaan Shopping Complex


ALOR SETAR  – Kerajaan Pas Kedah dianggap bersifat angkuh apabila tidak mahu menerima pandangan pihak lain berhubung langkahnya tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Kanchut di sini.
Veteran politik, Tan Sri Khalid Abdullah berkata, keputusan tersebut amat jelas tidak meletakkan Islam itu di tempat lebih tinggi dan besar berbanding perkara lain seperti soal kompleks membeli belah.
“Ini bukan soal politik, saya cakap sebagai seorang Islam maka dia (Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak) boleh buat apa yang dia mahu tetapi dia bertanggungjawab kepada Allah SWT,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin Azizan berkata, kerajaan negeri tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang bakal dibina atas tapak tanah madrasah itu.
Azizan berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.


Khalid berkata, selaku Menteri Besar, Azizan boleh melakukan ‘sesuka hatinya’ kerana kekuasaan berada di tangannya namun jangan lupa bahawa beliau perlu menjawab di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.
“Allah itu Maha Besar. Dia (Azizan) mesti pertimbangkan perkara ini, antara sentimen dia dengan keputusan ini siapa yang lebih besar,” soalnya.
Tambah Khalid, soal merobohkan madrasah itu bukan soal kepentingan politik lagi kerana ia lebih kepada menjaga dan memelihara syiar Islam. – Utusan Malaysia

1 comment:

  1. mb bingai tak makan nasihat.cerdik tak boleh tumpang,bingai tak boleh diajar.akhirnya jadi mb kurang ajar.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.