Wednesday, December 28, 2011

Padah Menghina DYMM dalam Twitter,Chegu Bard Kini Ditahan Polis


Semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter yang menggunakan nama AMK_Rembau. Laman Twitter berkenaan didapati membuat komen yang didakwa menghina DYMM YDP Agong. 

Penahanan ke atas chegubard adalah kerana beliau dikatakan mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau.

Julai lalu, sebuah NGO telah membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama 'AMK Rembau', kononnya kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. 

Bagaimanapun, ia segera dinafikan oleh Ketua AMK Rembau iaitu Md Sani Mohd Shah didalam satu kenyataan akhbar dengan mendakwa akaun tersebut bukan milik pemimpin PKR tersebut.(BACA SINI)

CheguBard juga menafikan dia adalah pemilik akaun laman sosial berkenaan. Katanya, akaun twitter AMK_Rembau muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan namanya yang bertanding jawatan Ketua AMK.

Setelah keterangan diambil, chegubard dilepaskan pada hari yang sama dengan jaminan polis.

Pihak polis telah merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau.

3 comments:

  1. Jika benar ada komen-komen buruk yang melibatkan institusi Raja yang ada didalam negara ini saya cadangkan supaya kita tidak malu mengikut cara kerajaan Thailand memberikan pengajaran kepada rakayat nya walau apa bangsa dan keturunan sekali pun hatta warga asing yang hanya melabuhkan punggong sekali sekala.

    ReplyDelete
  2. You have really done a great work to share the hidden art of the great man. It is really a nice work by them. Thanks a lot for this
    Suzuki XL-7 AC Compressor

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn amnitpg...dh tiba masa negara kita melaksanakan undang2 bg sesiapa je yg menghina intitusi Raja2.Tak payah nak bicang atau berbincang jadikan undang2 yg Thailand buat tu sbg panduan.Makin didiam makin melampau.
    Bg hukuman yg paling berat mcm Thailand buat tu baru le depa gerun sikit.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.