Tuesday, January 17, 2012

Akhirnya Mat Hip-Hop Menjadi Pilihan Jadi Exco Kerajaan Negeri Selangor


Mat Hip-Hop akhirnya menjadi pilihan PAS Pusat apabila dipilih sebagai ahli di dalam barisan exco di dalam Kerajaan Negeri Selangor yang memegang jawatan Pengerusi Hal Ehwan Agama,Adat-adat Melayu,Infranstruktur dan Kemudahan Awam menggantikan Dr. Hassan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut selepas dipecat keahliannya oleh PAS.

2 nama lain yang menjadi calon juga tewas apabila beliau yang menjadi pilihan PAS untuk menjadi wakil mereka di dalam Kerajaan Negeri Selangor.Nampaknya ,cita-cita beliau selama ini untuk berkuasa selepas dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor tercapai juga  dengan perlantikan ini.Sudah agak lama nampaknya Mat Hip-Hop PAS ini mengidamkan jawatan tersebut walaupun kononnya menurut katanya beliau tidak mahu dipilih .Semua ini politik sahaja dan tiada siapa yg tidak ingin jawatan tersebut lagi-lagi bertaraf Pesuruhjaya PAS negeri.

Akhirnya,penguasaan sepenuhnya oleh Dr. Rani dan Khalid Samad dalam PAS Selangor telah berjaya dengan menyingkirkan Dr. Hassan Ali dalam politik PAS Selangor.Inilah memang yang diminta dan dicita-citakan oleh mereka untuk terus menguatkan kuasa politik mereka di dalam PAS Selangor.


1 comment:

  1. Mampu kah Mat hiphop menutup segala pusat maksiat yg tumbuh bak cendawan di Selangor ? kita tunggu dan lihat....

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.