SHAH ALAM - Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang muncul 'ikon politik' ketika perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, hari ini dilantik sebagai pengerusi bersama gabungan itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Razab pula dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasanya.
"Bersih 2.0 mahu mengambil peluang ini untuk mengumumkan dua ahli jawatankuasa pemandu yang baru, Datuk A. Samad Said dan Ahmad Shukri Abdul Razab," kata kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Samad yang mesra dikenali sebagai "Pak Samad" bukan orang asing dalam pergerakan Bersih 2.0, kata kenyataan itu.Beliau muncul sebagai antara personaliti utama menggerakkan perhimpunan 9 Julai lalu, menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.
Bersih 2.0 meletakkan lapan perkara dalam tuntutannya.Perhimpunan 9 Julai tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa manakala Bersih 2.0 pula diharamkan.
Susulan perhimpunan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya negara ini.
Sebelum ini Bersih 2.0 diketuai oleh Datuk S Ambiga.
Ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 yang lain ialah Andrew Khoo, Arul Prakkash, K Arumugam, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Datuk Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.
Komentar KP : Selepas berjaya membuktikan kesetiaan dirinya kepada Anwar dan Pembangkang dengan membuat demonstrasi di PWTC dan UPSI lepas ,Ahmad Syukri Razab akhirnya dipilih menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa BERSIH .Mungkin ini atas arahan Anwar kerana atas jasa membuat kecoh dan membakar kebencian mahasiswa kepada kerajaan.Tetapi,yang peliknya boleh ke seorang mahasiswa dijadikan Jawatankuasa Pemandu BERSIH.
Mungkin perlantikan ini Anwar berharap Syukri Razab ini dapat menghasut mahasiswa supaya beramai-ramai turun ketika BERSIH nanti.Sepatutnya,pihak Universiti dan Kementerian memandang hal ini dengan serius kerana tanggungjawab mahasiswa adalah menuntut ilmu dan mendapat keputusan cemerlang bukannya menjadi kuda-kuda dalam gerakan yang didalangi oleh parti politik.Dikhuatiri,ini akan menghasut mahasiswa supaya memberontak dan melupakan tanggungjawab mereka.
Akhirnya, mereka-mereka ini yang diharap oleh ibubapa untuk mengubah masa depan keluarga ini dibuang dari Universiti kerana terlibat dengan aktiviti pertubuhan haram seperti ini.Adakah Anwar akan bertanggungjawab terhadap masa depan pelajaran mereka ini nanti??
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.