Saturday, January 7, 2012

Anwar Paksa Rakyat Solat Sunat Hajat Isu Kes Liwatnya


PERMATANG PAUH - Orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi bagi mendoakan kesejahteraan anak-anak pelajar di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang baru memasuki ke sekolah awal bulan ini.

Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri beberapa kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.

Selesai solat hajat Anwar Ibrahim diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.

Pihak UtaraNews difahamkan, ramai pemerhati politik di P.Pinang melihat kehadiran Anwar ke majlis solat hajat ini hanyalah untuk meraih publisiti serta menumpang populariti Madrasah An-Nahdhoh.

Madrasah ini memang terkenal dikawasan utara dan sentiasa dikunjungi oleh pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira parti bagi mendengar kuliah agama pada setiap pagi Sabtu.

Seorang jemaah yang ditemui oleh UtaraNews tidak menolak kehadiran Anwar ke majlis solat Hajat ini bagi menunjukkan kepada masyarakat kononnya rakyat Permatang Pauh menyokong beliau didalam kes liwatnya.
Walhal, ramai yang tak menyedari solat hajat yang dilakukan itu bukan untuk kepentingan politik mana-mana pihak.-UtaraNews

Komentar KP: Sampai begitu rupanya cara Anwar hendak meraih simpati rakyat,kononnya dia masih lagi menjadi pilihan buat rakyat terutamanya di Parlimen Permatang Pauh.Kehadirannya bagi menunjukkan diri itu tidak bersalah dan teraniaya oleh kononnya konspirasi kerajaan.


Sebenarnya ,tidak semua orang tahu akan kehadiran Anwar ke program Solat Sunat Hajat itu,tetapi apakan daya terpaksa la juga bersolat bersama-sama walaupun tidak rela sebenarnya hendak mendoakan mengenai keadilan untuk Anwar yang sememangnya diketahui bersalah pun .


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.