Kelihatan rupanya Bob Lokman hendak memberi komen tentang rakan artis lamanya yang baru-baru ini yang menyertai UMNO .KP tertanya -tanya jugak bila Bob Lokman nak kasi komen sket tentang isu ini.
Rupa-rupanya,Bob Lokman di dalam komennya mempersoalkan kenapa Afdlin memilih UMNO kedan apa niatnya sertai UMNO??Pasti setiap orang yang memilih untuk menjadi ahli suatu parti harus ada niat dan matlamatnya tersendiri.Usah dipersoal lagi kerana Afdlin sudahpun menjawab persoalan itu di facebooknya[klik sini].
Yang KP pulak tertanya-tanya,apa niat sebenar Bob Lokman menyertai PAS.Dulu katanya semasa mengikut UMNO,Bob Lokman hanya mengejar wang ringgit dan harta sahaja dan tidak fikirkan akan perjuangan ,Mungkin menyertai PAS,Bob Lokman bleh la dapat title 'Ustaz' free dan dapat la sikit tempias-tempias orang panggil dirinya ulama juga.Duit pun masyuk jugak kerana katanya rajin turun ke masjid-masjid bagi ceramah,ceramah apa tak tau la,janji duit masyuk.Tapi yang kesiannya,nak jadi pendakwah dan penceramah di masjid dan surau kena ada tauliah dulu,Bob Lokman nie bedal tauliah mana pulak ye sampai boleh ceramah merata-rata nie,last2 sangkut kena tahan Jabatan Agama Negeri kerana bagi kuliah dan ceramah tanpa ada tauliah.La nie sibuk la Bob Lokman naik turun court macam Imam Mahdi diorang tue sebab kes tak ada tauliah nie.
Jadi,jangan nak persoal sangat la kewajaran sesiapa pun nak sertai mana-mana parti,inikan demokrasi,semua berhak membuat pilihan sendiri,Entah-entah Bob Lokman nie perasan kot dia dah jadi "Ulamak Artis",semua artis yang nak join mana-mana parti,kena datang mengadap dia dulu kot,minta cop pengesahan dulu ..hahah
Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman mempersoalkan kewajaran rakan seni sealirannya, Afdlin Shauki Aksan menyertai Umno secara rasmi semalam.
Persoalan tersebut muncul ekoran sepanjang perkenalannya dengan pelawak terkenal itu, beliau tidak penah melihat kencenderungan Afdlin untuk berpolitik.
Namun, Bob Lokman tidak menafikan hak Afdlin untuk berbuat demikian kerana ia adalah hak mana-mana individu di dalam negara demokrasi.
"Persoalannya, jika Afdlin menyertai Umno kerana perjuangan, ia menghairankan saya.
"Kerana sepanjang perkenalan saya dengan beliau, bagi saya Afdlin tidak pernah memandang serius perbezaan politik mana-mana parti di negara ini.
"Mungkin ada sesuatu sebab mengapa Afdlin berbuat demikian, Afdlin ada jawapannya saya tidak boleh membuat telahan sebarangan kerana saya belum berkesempatan bersemuka dengannya,"jelas Bob lokman.
Tindakannya Afdlin bersama rakan kumpulan Boboinya, Harun Salim Bachik membuat pengumuman menyertai Umno secara rasmi selepas program Maharaja Lawak Mega (MLM) melabuhkan tirainya
salam, saya amat brsimpati dgn Bob Lokman, kesian dia, bila beliau mula tersedar dari lamunan dunia artisnya, beliau terus dilamunkan pula oleh orang-orang Pas, orang Pas sekarang tak minat lagi kuliah agama yang ilmiyah ni, mereka lebih suka belajar dgn Bob pula, berebut-rebut nak jemput Bob...
ReplyDeleteSaya nasihatkan Bob, pergilah menuntut ilmu dahulu... tambahkan ilmu didada dahulu, belajar dengan ulamak yg sebenar.. mudah-mudahan anda sedar bahawa, sekarang anda sebenarnya sedang keluar dari mulut buaya tetapi masuk pula kedalam mulut biawak.. banyak2 kanlah bertanya kpd yg lebih tahu... Pas bukannya nak membimbing kamu, sebab mereka pun dah tersasar jauh... Pas hanya memperalatkan populariti kamu...
fikir-fikir kanlah ya Bob...