Katanya, jika Azizan terus menyokong AUKU, maka beliau sepatutnya menyertai BN, kerana BN pro-AUKU.
Pakar perlembagaan itu menegaskan demikian dalam satu akhbar di Shah Alam hari ini sebagai mengulas pendirian menteri besar Kedah itu yang menyokong tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) milik kerajaan negeri itu, menggantung pengajian lima pelajarnya mengikut AUKU kerana dituduh menyertai demonstrasi haram.
Abdul Aziz juga menggesa Pakatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Azizan kerana pendirian menteri besar Kedah yang jelas bertentang dengan pendirian parti.
"... mereka mesti mengambil tindakan tegas terhadapnya, kerana ia (memansuhkan AUKU) disebut dalam Buku Jingga mereka," kata bekas profesor undang-undang UIA itu.
Komentar KP : Semakin hari semakin ramai pulak puak-puak Pakatan Rakyat membidas Azizan Razak kerana menyokong tindakan KUIN yang menggantung pengajian lima pelajarnya.Kini,Prof Aziz Bari pula yang menunjukkan taringnya membidas Azizan Razak dengan menggesa Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap pendirian keras Azizan berkaitan isu itu.
Besar sungguh rupanya pengaruh pencacai Anwar ini ye dalam Pakatan Rakyat,sampai boleh mendesak supaya tindakan diambil terhadap Azizan.Adakah ini serupa ceritanya dengan si Azmin Ali yang mendesak pimpinan PAS mengambil tindakan terhadap Dr. Hassan Ali sebab mengecam Anwar dan akhirnya PAS tunduk dengan tekanan tersebut sehingga memecat keahlian Dr. Hassan Ali dari PAS.
Apakah MB Kedah ini akan menerima nasib yg sama dengan Dr. Hassan Ali kerana yang enggan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak??Kita tunggu reaksi Tok Jan mengenai desakan dan tekanan dari Pakatan Rakyat sendiri yang cuba mengubah pendiriannya mengenai isu KUIN.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.