KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, menasihatkan rakyat supaya tidak termakan dengan janji PAS untuk memberikan mereka tanah lot rumah sekiranya parti itu menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Beliau berkata, ia hanya berupa janji kosong yang agak musathil untuk ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah saja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.
Beliau berkata, ia hanya berupa janji kosong yang agak musathil untuk ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah saja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.
"Yang lain adalah tanah rizab seperti rizab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta penduduk dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah PAS boleh berbuat demikian?.
"Jadi, orang jahil ini hanya boleh tipu orang jahil saja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu," katanya ketika menghadiri majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini hari ini. Hadir sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah.
Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti.
Adnan berkata, walau apa pun isu yang dimainkan pembangkang di Pahang, ia tidak menggugat keyakinan Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA
20 tahun lebih Nik Aziz perintah Kelantan adakah rakyat Kelantan dapat lot tanah free.
ReplyDeleteBeginilah kalau perasan ahli syorga cakap umpama orang2 munafiq.
Apabila pemimpin PAS berjanji maka selidiki dulu apa yang dijanji kerana syorga itu bukan PAS percuma tengok konsert Bob Lokman. Konsert Bob Lokman pun kena kutip derma taja kehidupan orang2 mereka.
nak dengar ceramah Pas pun kena derma, ada hati plak nak bagi tanah...apa ingat bagi tanah mcm bagi gula2 ke....
ReplyDeletePas dah mula janji bagi bulan dan bintang....
janji lama pun tak tertunai...tanah rakyat dikelantan pun janji nak bagi tapi akhir sekali kena rampas plak....
Pas parti dah rosak...ramai sudah sedar dan telah ramai yg meninggalkan Pas...