Melalui Press Conference yang baru tamat sebentar tadi Ummi Hafilda akan menarik laporan yang dilakukan kepada abangnya Azwan Ali.
Menurut Sinar Harian
Menurut Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Umi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter sebelum ini.
Umi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.
"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.
Azwan Ali juga memohon maaf kepada ke semua pemimpin negara yang dikutuk termasuk Tun Dr Mahathir.
Menurut sahabat blogger Azwan Ali juga dilihat menangis bila nama Azmin Ali disebut sambil menafikan dia bukan penyokong kuat Anwar Ibrahim.Dia juga meminta jangan menghina keluarganya sambil menangis.
Dan Azwan Ali juga bersumpah tidak akan menghina, mengeji atau pun mengutuk apa-apa pun melalui twitter dan facebook beliau dan berkemungkinan twitternya akan ditutup.
Ummi juga berkata Azwan Ali sudah berubah cukuplah menghina beliau.
Komentar KP : Harap Azwan Ali selepas ini betul-betul insaf dan bertaubat selepas beberapa tindakannya sebelum ini yang menghina dan mengeji adiknya sendiri serta Tun Dr. Mahathir.Nampak kekesalan diwajah Azwan Ali dan semoga tautan persaudaraan yang selepas 7 tahun tidak bertegur sapa itu kembali jernih bersama adiknya,Ummi Hafilda.Yang si Azmin Ali bila nak taubat pulak??
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.