Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah membuat rombakan kecil dalam pentadbirannya .Khalid Gagap melantik dirinya sebagai Exco Hal Ehwal Islam dan Infrastruktur serta Kemudahan Awam sementara memberi portfolio Adat-adat Melayu,Belia dan Sukan kepada Dr. Ahmad Yunus.Dengan keputusannya ini,Khalid meletakkan dirinya sebagai pelindung dan penguatkuasa berkaitan hal ehwal islam dan tidak memberi kuasa ini kepada wakil dari PAS.
Nampaknya,PAS tidak lagi mendapat kepercayaan Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga Hal Ehwal Islam ekoran beberapa tindakan Dr. Hassan Ali sebelum ini yang mendapat tentangan kuat oleh wakil DAP yang tidak berpuas hati dengan beberapa isu seperti murtad dan penjualan arak .
PAS dilihat akur dan tunduk sahaja dengan keputusan ini padahal menjadi amalan sebelum ini PAS diberi portfolio Hal Ehwal Islam.
Adakah Khalid Ibrahim akan berani dan lantang seperti Dr. Hassan Ali yang berjuang mempertahankan islam di Selangor??
Adakah Khalid Ibrahim akan bangun mempertahankan dan bersama Majlis Agama Islam Selangor jika isu murtad terus berleluasa lagi??
Adakah Khalid Ibrahim akan mencontohi tindakan Dr. Hassan Ali yang turun padang membanteras maksiat di disko dan kelab malam ??Pasti tindakan ini tidak disenangi oleh kultus DAP dan PKR dalan kerajaan Negeri Selangor .Beberapa tindakannya sebelum ini pun dipengaruhi oleh Adun DAP dan PKR sendiri yg bukan islam yg menjadi barisan exconya.Adakah hal ehwal islam ini pun akan dipengaruhi oleh mereka-mereka ini yang benci dengan islam??
Jadi, PAS di Selangor yang tinggal hanyalah beberapa jawatan yg tidak penting dan tidak membantu secara langsung terhadap pembangunan syiar Islam di Selangor.Hj Hadi terus sujud dan terima sahaja dengan keputusan ini demi menjaga hubungan rakan dalam parti.Kesian PAS, terus diperkuda dan diperhamba di dalam Pakatan Rakyat walaupun pemimpin mereka cuba ditonjolkan supaya mendapat sokongan padahal semua itu wayang sahaja.
Lihat apa yang dijanjikan oleh Khalid Gagap kepada Umat Islam Selangor selepas mengambil alih jawatan tersebut:
Ini janji Khalid Ibrahim!!
Kalau dia gagal untuk menjalankan tugasnya kerana terlalu tunduk dengan desakan dan pengaruh ,maknanya dia telah berdosa kepada seluruh umat islam di Selangor
Kalau dia sudah berdosa kepada umat makna berdosa juga kepada Allah S.W.T kerana mungkir janji kerana telah mengikat sumpah setia untuk bertanggungjawab dalam menjalankan tugas memakmur dan meningkat syiar islam di Selangor.
Ermmm...fikirlah sendiri macam mana nak jaga Islam kalau macam ini |
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.