Agak sinis dan menikam jiwa jika mahasiswa UPSI melihat kartun sebegini .Sebenarnya karikatur ini ditujukan kepada mahasiswa UPSI yang terlibat dalam demonstrasi di UPSI lepas dan bukannya semua mahasiswanya.Ini ditujukan kepada Adam Adli dan gang seangkatan dengannya yang membuat onar itu.
Tidur diatas jalanraya,memekik terlolong di jalanan bagaikan orang hilang anak dilihat menjadi budaya mahasiswa seperti mereka ini.Kalau inilah caranya bakal-bakal guru berperangai ,jangan salahkan nanti kepada anak -anak murid mereka pula yang berdemonstrasi terhadap sekolah.Sebabnya,dulu pun guru yang mengajar mereka pun berperangai seperti itu ketika masih menuntut.
Ini semua merupakan budaya pihak pembangkang yang ditiup kepada golongan mahasiswa ini terus menekan kerajaan agar tunduk dengan segala permintaan mereka.Kerajaan bukannya bodoh dan negara ini punya undang-undang dan bertindak melalui lunas undang-undang yang sesuai untuk mengesyorkan kepada kerajaan.Dengan cara mendesak sebegini tidak akan membuatkan kerajaan berlembut terhadap mereka ini malah lebih tegas lagi apabila ada tangan-tangan hitam dibelakang mahasiswa ini menggerakkan mereka umpama "mahasiswa robot".
Semua ini merupakan taktik Anwar Ibrahim dalam mendesak dan menekan kerajaan kerana dia telah melihat bahawa keputusan kes liwatnya ini bakal menemui kekalahan dan dia perlu satu cara untuk melepaskan diri dari undang-undang.Jadi,dengan menggunakan mahasiswa robot seperti mereka ini adalah salah satu cara halus bagi menampakkan kepada rakyat bahawa mahasiswa kini sendiri membenci kerajaan padahal majoriti mahasiswa masih setia dan menyokong segala usaha kerajaan dalam membantu nasib mahasiswa.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.