Sunday, January 29, 2012

Hj Hadi Mengalah,Berundur Pada PRU-13,Tidak Sanggup Bersubahat Dengan Parasit Dalam PAS


Melihat dari kesediaan Hj Hadi berundur dari menjadi calon PAS dan PRU-13 nanti merupakan satu signal awal beliau yang sudah tidak sanggup lagi menjadi pak turut segala keputusan yang dipengaruhi oleh parasit-parasit dalam PAS dan tekanan hebat dari Anwar Ibrahim.


Menurut laporan dari Malaysian Insider ,Hj Hadi berkata beliau sudah terlalu lama berada di dalam saf kepimpinan PAS sejak dari zaman Tun Mahathir lagi menjadi Perdana Menteri,sudah tiba masanya dia berundur diri.Mungkin beliau lebih perasan dirinya sudah tidak berguna lagi buat parti kerana segala usaha murni yang pernah digagaskannya dahulu terpaksa dilupakan kerana desakan dari dalam dan luar parti yg kuat.Isu Kerajaan Perpaduan ,Negara Islam,dan terkini isu pemecataan Dr. Hassan Ali merupakan tamparan hebat buatnya sepanjang menjadi Presiden PAS semenjak kematian Allahyarham Ustaz Fadzil Noor.

Mungkin dengan cara inilah rasanya Hj Hadi membayar kembali segala pengkhianatannya terhadap perjuangan Islam di dalam PAS yang terpaksa dikhianatinya dek kerana kehendak dan tentangan hebat parasit-parasit dalam PAS dan golongan Anwarinas serta Nik Aziz.Rasanya ,peristiwa yang paling pedih ditempuh Hj Hadi ialah ketika membuat keputusan memecat keahlian Dr. Hassan Ali dari PAS serta merta .


Adakah dengan pengumuman dari Hj Hadi ini akan membuatkan geng Anwarinas dan Erdogan di dalam PAS akan bergembira dengan keputusan ini??Ataupun ini percubaan Hj Hadi untuk melihat respon golongan-golongan parasit ini dengan keputusannya?? Atau dia sekadar test market seperti yang pernah dibuat oleh Tun Mahathir semasa mengumumkan dulu ingin meletak jawatan sebagai PM dan Presiden UMNO ??

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.