KOTA BHARU – Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, niat yang disuarakan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ini jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam parti itu.
Tambahnya lagi, kenyataan terbuka yang dibuat oleh presiden parti adalah sesuatu yang benar-benar luar biasa dan merupakan tanda bahawa parti dalam keadaan krisis yang sangat teruk.
“keputusan ini mungkin terhasil daripada konflik yang sedang berlaku didalam Pas, termasuklah isu pemecatan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali”.
“Pasti keadaan ini akan memberi tamparan hebat kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepatutnya dia yang perlu membuat keputusan untuk tidak bertanding selepas memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sudah terlalu lama,” katanya.
Terdahulu, Dr Awang Adek menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara AFPM Lifestyle Sdn Bhd dan Jalinan prospek (M) Bhd, di sini.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.