Nik Aziz dan Hj Hadi pasti tidak dapat terima kisah yang diceritakan oleh Ustaz Kazim Elias mengenai hal tegur- menegur ketika zaman Rasulullah dan para sahabat dahulu yang bagaimana mereka dapat melapangkan dada menerima teguran dan tidak mudah melatah.Kalau hari ini, pasti sudah dipecat apabila menegur pemimpin-pemimpin atasan seperti yang diterima oleh Dr. Hassan Ali.
Akibat menegur pemimpin kesayangan PAS,Anwar Ibrahim dan gerombolan DAP ,beliau lantas dipecat tanpa banyak bicara oleh pimpinan PAS yang tiada ruh dan semangat perjuangan islam seperti kata Ustaz Kazim.Dipecat tanpa sebarang pengadilan yang adil buat Dr. Hassan Ali.
PAS lebih mendewa-dewakan Anwar Ibrahim dalam mencapai matlamat mereka untuk pantas berkuasa memegang tampuk pemerintahan negara yang belum tentu dapatnya.Mereka sanggup ketepikan agenda perjuangan islam yang dilaung-laungkan seperti hudud, negara islam dan sebagainya.
Demi sekelumit kuasa, apa pun boleh berlaku diluar jangkaan |
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.