Walaupun telah memecat Hasan Ali daripada keahlian parti, ternyata masih terdapat tompok hitam dihati yang menyebabkan Mursyidul Am Pas tetap tidak berpuas hati terhadap Hasan Ali. Seharusnya, Hasan Ali lebih bebas untuk mengkritik dasar- dasar songsang pas setelah disingkirkan!!!
Mursyidul Am PAS itu menasihatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.
Nik Abdul Aziz berkata, keputusan memecat Dr Hasan Ahad lalu dibuat ekoran kenyataan "tidak cerdik" beliau, lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media.
"Nasihat saya (pada Dr Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar.
"Lebih-lebih lagi pada media arus perdana pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya dipetik Malaysiakini.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat serta merta daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.
Beberapa jam selepas pemecatannya diumumkan, Dr Hasan dalam perhimpunan di rumahnya dilaporkan menyifatkan pemecatannya hanya kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik ketua pembangkang.
Mengulas lanjut berhubung nasib Hasan, Nik Aziz berkata terpulanglah kepadanya sama ada untuk merayu atau tidak atas keputusan jawatankuasa pusat PAS itu.
"Ikut dialah. Kita beri peluang pada dia merayu. Bila merayu kita tengok keas macam mana keadaannya," katanya tanpa mahu mengulas panjang isu itu.
Nik Aziz juga mengulangi bahawa pemecatan itu sebagai perkara biasa dan mengumpamakannya sebagai penceraian dalam rumah tangga melibatkan suami dan isteri.
"Saya sebut dah, anak ramai, perempuan kaya suami dapat gelaran) atuk, harta banyak , juga bercerai.
"Kerana apa? Ada sebab-sebab tertentu," katanya sambil mengingatkan tentang pemecatan presiden PAS keempat Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda daripada parti itu.
"Maknanya tak ada parti yang tak pecat ahlinya bila ada masalah. Di Kelantan ini, dua tiga orang Umno pun dipecat. "
Sementara itu, ditanya tentang pendirian bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Dr Hasan, Nik Aziz hanya berkata "itu dia punya pasal".
"Saya ini bila ada kes di depan, dalam mesyuarat itu saya buat keputusan. Tetapi saya nak komen luar (mesyuarat) begini saya tak boleh.
"Ikut dia, sudah akil baligh. Orang itu dah akil baligh reti apa yang bercanggah dengan peraturan, apa yang tidak," katanya.
Nasharudin antara pemimpin PAS yang hadir menyatakan sokongan pada perhimpunan di rumah Dr Hasan di Petaling Jaya pada malam beliau dipecat.
Beliau malah dilapor berucap mempertahankan Dr Hasan yang dikatakan menghadapi tugas yang bukan mudah dan diasak daripada pelbagai sudut ketika menegakkan agama.-
Komentar KP : Nik Aziz nie pelupa ka yang Dr. Hassan Ali bukan ahli PAS lagi,Nik Aziz sepatutnya tidak lagi mengkritik Dr. Hassan Ali kerana beliau telah disingkir dari parti dan bebas hendak bercakap apa pun yang dia suka.Apa hak Nik Aziz hendak halang dari beliau kritik dasar PAS yang sudah menyelewengkan perjuangan islam dengan berpakat dengan Pakatan Rakyat.KP rasa Nik Aziz takut jika Dr. Hassan Ali membuka pekung parti tersebut kepada umum mengenai masalah dan penyelewengan yang sedang dan telah berlaku di dalam PAS.Sebab itu la, awal-awal lagi Nik Aziz warning sama Dr. Hassan Ali supaya tutup mulut hal berkaitan PAS.Tapi,KP rasa Dr. Hassan Ali sudah tidak takut lagi kepada sesiapa pun bahkan kepada Nik Aziz sendiri kerana kini beliau bebas dari sebarang pengaruh politik dan bebas hendak mengkritik siapapun termasuklah bekas partinya sendiri.
Tok Guru ibaratkan Dr Hasan bukan bodoh tapi tak cerdik apabila dikatakan cuba membuka rahsia kelemahan Pas.Nampak macam sama je istilah "tak cerdik" yang digunakan oleh DS Nazri kpd Dap semasa dlm Parlimen satu ketika dulu.Tok Guru tiru DS Nazri ke atau tanda bliau setuju penggunaan istilah trsbt kpd DS Nazri satu ketika dulu?
ReplyDelete