Sunday, January 15, 2012

Mahasiswa Ugut Bunuh Najib ,Kini Ditahan Polis Untuk Siasatan



GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di sini hari ini.

Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok. – BERNAMA

Komentar KP : Padan muka mamat nie,berani-berani nak ancam bom dan bunuh PM,kini menerima padah apabila ditahan polis untuk siasatan.Syok sangat nak sokong Anwar sampai nak jadi balaci pi bom helikopter Najib,bodoh tak bertempat mamat nie,serupa sahaja dengan Adam Adli dan geng dia yang buat kecoh tempoh hari.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.