Sunday, January 15, 2012

Mat Hip Hop Bakal Terima Tentangan 2 Lagi Calon PAS Sebagai Pilihan Exco Kerajaan Selangor

Mat Hip-Hop aka Dr. Rani Osman,Pesuruhjaya PAS Selangor

SHAH ALAM – Pas dijangka akan membuat keputusan mengenai calon Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat keahliannya.
Keputusan itu akan dibuat oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
Detikperubahan difahamkan Mesyuarat Dewan Harian Pas pusat yang diadakan di Alor Setar semalam antara lain membincangkan pengganti Hasan.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, nama itu akan disampaikan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, esok.
“Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari Pas,” kata Mustafa.
Khamis lalu, Sultan Selangor dilaporkan telah memberi perkenan untuk membatalkan pelantikan Hasan daripada jawatan Exco Kerajaan negeri itu selepas menerima menghadap Menteri Besar di Istana Kayangan memaklumkan berhubung pemecatan Hasan.
Hasan yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dipecat keahliannya Ahad lalu berkuatkuasa serta merta kerana dipercayai ekoran kenyataan-kenyataannya yang bertentangan dengan dasar parti.
Tindakan tersebut dibuat mengikut Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian berkuatkuasa serta merta.
Bagaimanapun Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia diberi tempoh selama 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura.


Siapa bakal penganti Datuk Dr Hasan Ali
Tiga calon kini menjadi teka-teki hangat layak mengganti Hasan adalah Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Abd. Rani Osman, Pembantu Hasan sendiri Dr. Shafie Abu Bakar dan Pembantu Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Ahmad Yunus Hairi.
Namun desas-desus ada mengatakan nama Abd. Rani mendahului carta dari tiga nama terbabit.
Malah Pemuda Pas pusat sebelum ini dikatakan pernah mencadangkan supaya tempat Hasan diserahkan kepada Abd. Rani.
Exco baru mengganti Hasan dijangka akan mengangkat sumpah pada Rabu ini.
Sementara itu, Hasan membayangkan beliau tidak akan mengemukakan apa-apa rayuan berhubung pemecatannya biarpun masih ada ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.
Katanya, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.
“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” jelasnya.
Belia turut meluahkan rasa kekecewaan apabila perjuangannya dalam mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang.
Beliau berkata, penentangan terhadap perjuangannya jelas terbukti apabila dikritik oleh pemimpin Pas, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam isu pemeriksaan gereja tahun lalu.
“Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar-besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara,” katanya.-Detik Perubahan
Komentar KP : Jika sebelum ini jawatan Exco tersebut dipegang oleh Dr. Hassan Ali,kini telah dikosong setelah mendapat perkenan oleh DYMM Sultan Selangor kerana Dr. Hassan Ali telah dipecat daripada PAS.Nama yang disebut-sebut menjadi pengganti ialah Mat Hip-Hop PAS iaitu Dr. Rani Osman yang merupakan pengampu kuat Anwar dan PKR .Kini,2 lagi calon telah dicalonkan jugak sebaris dengan Mat Hip-Hop.Siapa yang terpilih masih belum terjawab lagi dan jika Dr. Rani yang dipilih,tahniah la buat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana menerima seorang juara Hip-hop yang sudah tua berlagak muda ini.Dibuangnya pejuang islam, diambilnya pengampu kuat Anwar dan PKR..memang holiow sungguh PAS nie

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.