Sunday, January 15, 2012

Syabas Lee Chong Wei,Muncul Sebagai Juara Terbuka Malaysia


KUALA LUMPUR – Seperti yang telah diramalkan, pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, 29, hari ini muncul juara Terbuka Malaysia menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago di Stadium Putra Bukit Jalil.
Chong Wei yang juga juara All England, sebelum menundukkan Tago 21-6, 21-13 telah mengenepikan Chen Long pada peringkat separuh akhir malam tadi dalam pertarungan sengit selama satu jam, 15 minit sebelum menang dengan keputusan 21-18, 12-21, 21-13.
Dengan kemenangan ke atas Tago, Chong Wei berjaya menyamakan rekod yang dipegang legenda badminton negara, Wong Peng Soon yang menjadi juara terbanyak Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali.-Detik Perubahan

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.