Mungkin atas dasar kesedaran dan semangat untuk mempertahankan Islam,rata-rata yang hadir tidak kira tua dan muda menitiskan air mata tatkala semasa Dr. Hassan Ali berucap dengan gaya dan lunak suaranya menyedarkan umat islam akan bahaya gejala murtad di kalangan umat islam.
Ditambah lagi semasa dialunkan doa yang dibaca oleh Dr. Hassan Ali,titis air mata bercucuran jatuh kerana rasa kesedaran dan cintakan kesatuan umat serta mempertahankan aqidah tanpa mengira latar belakang fahaman politik.Mengikut apa yang dilaporkan oleh blogger MPP,kebanyakan yang hadir merupakan penyokong PAS dan PKR di sekitar Kepala Batas .Ada juga dari latar belakang parti politik kerajaan tetapi ia tidak menghalang semua umat islam untuk hadir.Ini kerana HIMPUN bukannya program politik tetapi merupakan himpunan untuk menyatukan ummah bagi menentang agenda kafir yang hendak mengancam maruah islam .
Jadi,pemimpin PAS jangan takut jika ahli mereka datang,ini bukan program UMNO seperti yang dicanang oleh sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat,ini program untuk semua umat islam tidak kira fahaman politik ,tujuannya satu hendak mempertahankan dan menyelamatkan aqidah umat Islam.
Baca lagi di Media Permatang Pauh
asl..kum
ReplyDeletesemoga allah s.w.t , para rasul dan nabi bersama dengan Dr Hassan Ali dan umat islam yang hadir dalam perhimpunan HIMPUN dalam menegakkan syiar islam dan usaha - usaha menyekat dan menangkis pengaruh agama lain dari menganggu gugat agama islam dan penganutnya khususnya Bangsa Melayu Islam di Malaysia..Aminnnnnnnnn