Walaupun,program ini mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak yang benci dengan kesatuan umat melayu islam atas nama agama ia tetap berlangsung dengan jayanya. Sebelum ini,ada beberapa pihak sendiri termasuklah Kerajaan DAP P.Pinang cuba mensabotaj dan memburuk-buruk kan imej Himpunan ini namun ia tetap tidak memberi kesan kepada orang ramai terutama orang Melayu Islam yang ingin bersatu mempertahankan aqidah umat.
Sepanjang program ini,tidak disentuh langsung hal-hal politik dan lebih banyak berkisar tentang isu murtad dan aqidah umat islam yang kian terancam.Yang lebih menarik lagi kehadiran Ustaz kontroversi yang pernah mendoakan Guan Eng dalam khutbah jumaat sebelum ini iaitu Ustaz Zakaria Ahmad pun dilihat hadir di dalam program ini.
Lihat lagi gambar dan berita menarik ini di blog Pisau.net
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.