Sunday, January 22, 2012

Propaganda Jahat Hasut Mahasiswa dan Pelajar Benci Kerajaan


Tindakan beberapa mahasewel yang mencipta propanganda ini  supaya  mahasiswa membenci kerajaan sangatlah keterlaluan dan tidak bersyukur.Sepatutnya mereka berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mengadakan inisiatif sebegini kepada mahasiswa dalam usaha membantu sedikit sebanyak mahasiswa yang terbeban untuk membeli buku-buku pelajaran dan ilmiah walaupun ada yang mengambil kesempatan menggunakannya untuk membeli gadjet komputer seperti headphone ,mouse dan pendrive yang juga dijual di kedai-kedai buku.

Itu tidak dikesahkan sangat kerana baucer itu sudah menjadi tanggungjawab mahasiswa terbabit,tetapi agak sedih apabila baucer buku 1 Malaysia ini dipolitikkan oleh penghasut tegar pembangkang yang turut menerima bantuan itu.Mereka ini tidak rasa malukah,menghasut mahasiswa membenci bantuan dari kerajaan padahal mereka lah yang awal-awal lagi mengambilnya dahulu.Didapati ,poster terbabit telah di'share' di laman Facebook oleh mahasiswa sewel yang masih lagi menyokong pembangkang untuk menunjukkan kerajaan memberi bantuan ini sempena pilihanraya untuk menyogok mahasiswa .Padahal,ini sememangnya bantuan ikhlas dari kerajaan untuk meringankan beban mahasiswa.Jadi ,tak payah la puak-puak pembangkang nak politikkan benda ini.Sudah lali ,sebelum ini Bantuan Rakyat 1 Malaysia,kini giliran Baucer Buku 1 Malaysia.

Jangan percaya benda-benda macam ini,pembangkang sudah kehabisan modal hendak menghentam kerajaan, akhirnya bantuan untuk rakyat juga ingin dipolitikkan.Kenapa mereka tidak pertikai wang RM 100 untuk warga emas di P.Pinang??Bukankah itu juga seperti menyogok rakyat??Jangan nak double standard sangat la,rakyat tak bodoh macam sesetengah mahasiswa nie yang terus hentam tak selidik dahulu.

Terima Kasih DS Najib Dan Kerajaan Kerana Keprihatinan Kepada Golongan Mahasiswa


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.