Saturday, January 21, 2012

Undang-Undang Liwat : Najib Pertahan ,Anwar Pinda !!


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa jua undang-undang di negara ini tidak perlu dipinda sekiranya ianya masih dilihat mementingkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, apa jua undang-undang yang dilihat masih menjaga kepentingan rakyat di negara ini perlu dikekalkan.

"Apa pun undang-undang, dibuat atas kepentingan masyarakat, kalau kepentingan masyarakat mengatakan undang-undang itu masih wajar dikekalkan, jadi kita takkan pindalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ihsan Samudera, d Kuantan, Sabtu.

Bernama melaporkan, beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan sebuah stesen televisyen luar baru-baru ini berkenaan perlunya pindaan terhadap undang-undang yang dilihatnya sebagai lapuk di negara ini.

Ditanya berkenaan perlunya undang-undang berkaitan mengaibkan musuh politik, Najib berkata: "Kita ada undang-undang di bawah "defamation" (fitnah), saman malu, kalau sesiapa yang mengaibkan orang lain tanpa asas boleh disaman," katanya.

Ditanya dakwaan Anwar bahawa tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya sebelum ini adalah bertujuan mengaibkan beliau, Najib berkata: "Tidak diaibkan, ini soal aduan yang dibuat oleh seorang individu, undang-undang di negara ini, semua orang ada hak, mana-mana tanpa kira kedudukan, ada hak yang sama," katanya. Najib turut menempelak parti pembangkang di negara ini yang disifatkan bersikap "double standard" (pilih kasih).

"Ada elemen "double standard", macam mereka cakap tentang demokrasi, tapi ada akhbar tertentu saja boleh hadir sidang akhbar mereka, dan ada akhbar yang disekat sama sekali.

"Walhal kalau kita percaya pada kebebasan kepada media, kenapa kita nak sekat media tertentu daripada hadir sidang akhbar, itu (sebagai) contohlah," katanya Najib.



Komentar: Mengikut dari nada Dato' Seri Najib yang bercakap mengenai hal pindaan Undang-undang Liwat yang akan Anwar pinda jika berjaya menjadi PM,beliau begitu serius untuk mempertahankan undang-undang tersebut yang menjaga kepentingan masyarakat dan rakyat .Kita amat perlu kepada undang-undang yang menjaga dan membela nasib rakyat yang teraniaya dengan kes-kes begini.Sangat tidak releven jika undang-undang ini dipinda dan dimansuhkan kerana ia bertentangan dengan hukum syarak yang begitu memandang keji dan jijik perlakuan seks songsang sebegini.Jika mempertikaikannya pun sudah membuatkan seseorang itu tergelincir akidah apatah lagi memindanya.

Najib begitu komited mempertahankan hukum Allah manakala Anwar sibuk hendak menghalalkan perlakuan songsang tersebut.Lihat,pemimpin mana yang kini lebih mendokong undang-undang Islam??


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.