Monday, January 9, 2012

TERKINI !!! Seorang Lagi Pemimpin PAS Bakal Diterajang Dari Parti


Perhimpunan yang diadakan dirumah Dr. Hassan Ali bersama-sama lebih 1000 penyokongnya,beliau mendakwa bahawa pemecatannya ini disebabkan kerana mengkritik Anwar Ibrahim yang punya kes moral yang sangat kotor.

Pemecatan Dr. Hassan Ali oleh PAS juga nampak tidak adil kerana beliau tidak dipanggil bersama di dalam mesyuarat untuk membela dirinya sedangkan ketika Anwar Ibrahim mahu dipecat daripada UMNO dan kerajaan,dia masih dipanggil untuk membela dirinya sendiri.Rupanya nasib Dr. Hassan Ali tidak sebaik Anwar,PAS dilihat sangat tidak islamik kerana hanya mendengar pandangan jawatankuasa mesyuarat sahaja tanpa merujuk kepada Dr. Hassan Ali sendiri.Penyokong totok PAS termasuklah Ketua Pemudanya sibuk menggunakan hujah Khalid Al Walid dipecat dari menjadi panglima dan tetap menjadi tentera biasa untuk menghalalkan pemecatan ini.

Jika disebabkan Anwar ,Dr. Hassan Ali dipecat,KP yakin bahawa akan ada seorang lagi bakal gugur syahid dipecat oleh Hj Hadi dan kelompok Anwarinas di dalam PAS iaitu Nasharuddin Mat Isa.Beliau pun turut ada bersama-sama di rumah Dr. Hassan Ali malam tadi .Beliau juga setuju pandangan Dr. Hassan Ali bahawa Anwar tidak layak menjadi PM Malaysia jika Pakatan Rakyat menang pilihanraya nanti.

Buktinya,klik sini



Baca lagi di blog Dr. Mim

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.