Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.
"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Pemuda Pas juga mendakwa Hasan berkata DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.
Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.
Raja Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
"Kalau ia tidak benar, dia (Hasan) kena nafikanlah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.
"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad dipetik organ Pas.
Komentar KP :Memang sahlah PAS dah jadi anjing suruhan dalam Pakatan Rakyat.Dr. Hassan Ali balun DAP kerana tindak -tanduk DAP yang sememangnya berniat sejak dari dahulu lagi hendak menukar sistem kenegaraan dalam Malaysia.
Kalau kata sebab ucapan Dr. Hassan Ali menyebabkan rakyat benci PAS dan parti lain dalam Pakatan Rakyat,jadi Pakatan Rakyat pun kira salahlah jugak kerana selama ini menghasut rakyat benci BN dan kerajaan..kata kalau BN pegang lagi negera ini akan muflis ,korup dan sebagainya padahal mereka itu lebih teruk ,baru berjaya tadbir beberapa negeri sahaja ,sudah banyak penyelewengan berlaku misalnya isu rasuah berkaitan penjualan pasir di Selangor yang baru-baru ini didedahkan oleh Raja Petra yang membabitkan 2 ADUN Pakatan Rakyat .
Jadi,tindakan membuat laporan polis ini adalah satu tindakan kurang bijak pemuda PAS kerana mereka pun sama sahaja menghentam dan menghasut rakyat membenci segala usaha kerajaan walaupun ia baik untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.