SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membantah cadangan Pas menggantikan Hari Valentine kepada Hari Suami Isteri kerana tarikh itu adalah hari di mana agama Islam cuba dimusnahkan oleh kaum Yahudi beratus tahun dahulu.
Menurutnya, sejarah menunjukkan pada tarikh berkenaan, kerajaan Islam di Sepanyol dijatuhkan oleh seorang paderi.
Menurutnya, sejarah menunjukkan pada tarikh berkenaan, kerajaan Islam di Sepanyol dijatuhkan oleh seorang paderi.
Kesan daripada itu, umat Islam ditindas dan dinafikan haknya dan perkara ini boleh dilihat ke atas apa yang berlaku terhadap negara Palestin pada masa kini.
“Cadangan Hari Suami Isteri itu adalah baik. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Cuma, tidak perlu diraikan pada tarikh tersebut. Adalah lebih baik, Hari Suami Isteri dibuat pada tarikh Maulidur Rasul.
“Keperibadian Rasulullah sudah terbukti dan baginda bukan sahaja seorang pemimpin terbaik tetapi juga ketua keluarga yang begitu adil dan penyayang,” katanya kepada Sinar Harian.
“Cadangan Hari Suami Isteri itu adalah baik. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Cuma, tidak perlu diraikan pada tarikh tersebut. Adalah lebih baik, Hari Suami Isteri dibuat pada tarikh Maulidur Rasul.
“Keperibadian Rasulullah sudah terbukti dan baginda bukan sahaja seorang pemimpin terbaik tetapi juga ketua keluarga yang begitu adil dan penyayang,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, jika ada pihak mahukan sambutan Hari Suami Isteri tetap pada tarikh 14 Februari, maka ia boleh jatuh hukum haram kerana ramai memaklumi mengenai sejarah perayaan pada tarikh berkenaan.
“Walaupun ada niat baik, tetapi pelaksanaannya tidak tepat. Banyak lagi tarikh lain. Jika tidak mahu dilaksanakan pada hari Maulidur Rasul, boleh pilih tarikh lain.
“Jangan menggantikan nama hari sahaja sedangkan tarikh itu telah dikenali sebagai hari kekasih oleh kaum lain. Tiada bezanya menukar nama tetapi tetap ada sambutan,” katanya.
Kelmarin, Kelantan mengumukan ia bercadang menggantikan Hari Valentine pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri. Hari Suami Isteri itu adalah untuk memberi semangat kepada Umat Islam untuk mengikuti acuan hidup sebagai Islam dan melahirkan keluarga bahagia.
Komentar KP : PAS yang mengatakan mereka pejuang islam cuba menjadikan Hari Valentine's yang mana merupakan sejarah hitam buat islam di Sepanyol kerana kejatuhan empayar Islam disana oleh seorang paderi kristian .Di mana pendirian islam PAS selama ini?? Adakah sekadar dengan menggantikan Hari Valentine's ini dengan Hari Suami Isteri mampu selesaikan masalah sosial yang timbul??Tidakkan PAS lupa sejarah hitam yang mana umat islam bermandi darah di Sepanyol suatu ketika dahulu dan kemudiannya jatuh pada tanggal 14 Februari ini.
Jika kata ini Hari Suami Isteri kiranya untuk orang yang sudah berkahwin,bagaimana pulak dengan masalah couple anak muda Islam kita?? Dengan menggantikannya belum lagi cukup untuk menghalang anak muda daripada masalah sosial seperti ini,hampir setiap hari ada sahaja anak luar nikah yang tak berdosa dilahirkan akibat tiada batasan nafsu
Betul kata Tan Sri Harussani Zakaria ,jangan menggantikan nama hari sahaja sedangkan tarikh berkenaan dikenali sebagai hari kekasih kepada kaum lain.Tiada bezanya menukar nama tetapi tetap ada sambutan.
Sebelum ini,Nik Aziz sibuk menghalang sambut Mawlid Rasulullah kerana katanya Nabi Muhammad dan para sahabat tidak pernah sambut pun sedangkan kita digalakkan untuk mengingati Baginda Nabi S.A.W sempena kecintaan kita kepada Baginda.Tetapi,untuk tanggal 14 Februari pulak,dibenarkan sambut sedangkan difatwakan haram disambut oleh JAKIM dengan memberi alasan mesti jaga adab.
PAS usahlah menjadi juara kepada isu-isu sebegini kerana ia dilihat lebih memalukan parti itu sendiri apabila mengemukakan cadangan sebegini demi untuk menarik anak muda dekat kepada mereka dan mengundi mereka.Tak kemanapun undi tue kalau maruah Islam telah digadai dengan hari kekasih.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.