Friday, March 9, 2012

Anwar Menumpang Populariti Najib, SBPA Batal Kerana Pakatan Rakyat??


Anwar Ibrahim dilihat cuba mengambil populariti disebalik pemansuhan SBPA oleh Najib semalam dengan mengatakan kerajaan akhirnya akur kepada desakan PR .Situasi sebenarnya,CUEPACS lah yang banyak berusaha berunding dengan PM dan kerajaan dalam isu ini dan Pakatan Rakyat hanyalah berbual kosong diluar dan menghentam kerajaan tanpa berbuat apa-apa.Di mana timbul kerajaan akur dengan desakan PR??

Anwar jelas cuba interframe dalam isu SBPA ini dan mendabik dada kononnya dia dan PR lah yang cuba memperjuangkan masalah kakitangan awam padahal sebelum ini heboh sebab ada pemimpin dari PR yang mengeluarkan kenyataan bahawa akan mengecilkan bilangan kakitangan awam apabila  berjaya mentadbir negara.Kenyataan Anwar ini hanyalah ibarat penguat kepada kenyataan anaknya yang berkata agenda pembatalan SBPA adalah hasil perjuangan PR.

Jelas bahawa pembatalan SBPA ini adalah kerana perjuangan CUEPACS untuk membela nasib kakitangan awam dan akhirnya kerajaan membuat keputusan tepat dengan mendengar sendiri denyut nadi rakyat dibawah yang bekerja sebagai kakitangan awam yang terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Jadi,ANWAR dan gerombolan PR usahlah cuba ambil mileage dalam isu pembatalan SBPA ini kerana jelas-jelas rakyat tahu bahawa PR tidak buat apa pun sebenarnya selain menghentam kiri dan kanan sahaja.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.