GUA MUSANG – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran akan membantu penduduk di Hulu Kelantan mengadakan perhimpunan bagi mendesak kerajaan Pas Kelantan supaya mengembalikan semula tanah yang diambil untuk pembangunan ladang komersial.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia disebabkan kerajaan Pas Kelantan menjalankan pemerintahan mengikut nafsu syaitan sehingga sanggup bertindak zalim mengambil balik ribuan hektar tanah diusahakan penduduk di Hulu Kelantan.
Beliau berkata, itu adalah salah satu cara bagi menyelesaikan masalah berkenaan dan beliau sedia membantu untuk kelancaran perhimpunan itu.
“Sekarang kita tidak boleh berpeluk tubuh kerana tindakan kerajaan PAS Kelantan merampas tanah mereka itu dianggap paling zalim kerana ia memjejaskan punca pendapatan penduduk hasil tanaman yang diusahakan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Perjumpaan dan Penyerahan Memorendum Bantahan Pengambilan Balik Tanah Rakyat di Kampung Lalang, dekat sini, pagi ini.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 100 penduduk termasuk kaum Orang Asli yang diketuai Penghulu Kampung Angkek Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, Damak Angah menyerahkan memorendum bantahan isu tanah kepada Ibrahim.
Ibrahim juga Anggota Parlimen Pasir Mas berkata, corak pemerintahan kerajaan negeri itu sudah jauh terpesong daripada landasan perjuangan sebenar yang melaungkan dasar pemerintahan Islam dan menjaga kebajikan rakyat.
“Usah nak jaga kebajikan rakyat, tanah yang diusahakan penduduk dirampas dengan zalim tanpa ada sebarang bayaran pampasan sebagai ganti rugi diatasa usaha rakyat membangunkan tanah berkenaan.
“Di mana janji Nik Aziz ketika parti itu memulakan pemerintahan kerajaan negeri pada 1990 apabila memberi jaminan kepada rakyat untuk memberi hak milik bagi setiap inci tanah yang diusahakan penduduk Hulu Kelantan.
“Saya dimaklumkan ketika menteri besar itu melawat di Kampung Lalang ini dan membuat janji diatas sebuah surau bahawa tanah di Kelantan ini hak Tuhan dan setiap mata cangkul yang diusahakan penduduk adalah hak mereka,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.