Tuesday, March 6, 2012

Azizan Hilang Kuasa,Pemandu PAS Jadikan MB Kedah Boneka



Semalam bila diumumkan keputusan Pas Pusat berhubung krisis dalam di Kedah , memang Azizan Razak kekal sebagai MB Kedah tetapi sebenarnya beliau telah hilang kuasa mutlak di mana yang berkuasa kini adalah Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan PAS Pusat .

Hal ini kerana segala keputusan berkaitan kerajaan negeri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat.  Siapa yang berada dalam jawatankuasa tersebut kiranya ibarat paling berkuasa la dan Azizan Razak dijadikan puppet /boneka la bagi meredahkan krisis PAS di sana.

Yang agak mengejutkan juga semalam  , seperti  meraikan kejayaan menjatuhkan kuasa Azizan ,  Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh  telah  mengadakan sidang akhbar berasingan yang turut disertai oleh penyokong-penyokong mereka. Tindakan terbabit  dilihat sebagai satu petanda pergaduhan dalam  kerajaan PAS Kedah  akan terus berlarutan .

GPB berpandangan  tindakan PAS Pusat yang campur tangan dalam keputusan kuasa seorang pemimpin tertinggi di sebuah negeri ditabdir merupakan sejarah dalam politik Malaysia ini . 

Seorang pemimpin No 1 sebuah negeri hilang kuasa eksekutifnya kepada tangan ghaib PAS Pusat -Generasi Pejuang Bangsa

1 comment:

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.