Sunday, March 4, 2012

Kemelut PAS Kedah : Keputusan Selepas Kepulangan Anwar Bukti PAS Gagal Tangani Kemelut Dalaman Sendiri


Mesyuarat sesi ketiga juga gagal buat keputusan oleh itu PAS akan mengadakan sidang media khas jam 11 pagi esok di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut. Kemungkinan keputusan akan dibuat sebaik sahaja Anwar pulang dari luar negeri.

Kemelut ini terjadi apabila beberapa pemimpin Pas yang pro-Anwar cuba menggulingkan Ustaz Azizan yang mereka nampak seiring dengan Presiden iaitu menyokong kerajaan perpaduan. Bermula dari itulah hampir setiap hari mereka cuba menekan MB Kedah supaya mengikut rentak mereka.

PAS Pusat sebentar tadi juga gagal membuat keputusan hasil daripada mesyuarat akan membuat sidang media khas isu Kedah jam 11 pagi esok, Isnin di pejabat agung PAS Jln Raja Laut. Semua wakil media dijemput," katanya melalui kiriman SMS.

Malam tadi, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi juga gagal mendapat kata sepakat.

Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Sehubungan dengan itu Pas dijangka menunggu Anwar pulang bagi bersama-sama mencapai kata sepakat kerana selagi Anwar tidak masuk campur selagi itulah kemelut ini tidak selesai sebab Anwarlah puncannya

Komentar KP : Kalau menunggu kepulangan Anwar untuk bersama-sama membuat keputusan maknanya apa?? Adakah Dato' Azizan Razak bakal diminta meletakkan jawatannya ??Isu dalaman PAS sendiri pun nak kena tunggu kata Anwar...Sahlah selama ini PAS dah ikut telunjuk Anwar dan tunduk atas segala keputusan Anwar...Kalau betul la PAS kuat..dia tidak perlu campurtangan dari parti luar untuk tangani masalah ini...tapi kalau beginilah jadinya,PAS masih takut hendak buat keputusan untuk partinya sendiri...jika macam ini,bagaimana hendak serahkan Malaysia dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat sedangkan PAS sendiri tak berani buat keputusan bagi partinya sendiri...Macam inikah perjalanan sebuah harakah islamiyyah yang dicanang oleh PAS,bertindak mengikut telunjuk orang lain !!! Fikir-fikirkan lah

1 comment:

  1. PAS dah tak ada IMAM ke dalam jemaah ni? Sampai masalah dalam jemaah pun minta kepada orang yang tak layak menjadi Imam dalam Islam. Apa lagi yang ada pada PAS jika masalah dalam rumah sendiri kena orang luar yang tentukan keputusan. Memalukan jemaah Islam je...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.