Sunday, March 11, 2012

Berita Baik Buat Pesara Tentera Yang Tidak Berpencen!!!


KUALA LUMPUR 10 Mac – Kira-kira 62,000 sehingga 80,000 bekas pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen dijangka menerima imbuhan khas dalam masa terdekat bagi menjamin kebajikan mereka.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian imbuhan khas tersebut adalah lanjutan daripada keluhan golongan tersebut yang menghubunginya bagi mengutarakan pelbagai masalah dihadapi.

Katanya, ia termasuk para veteran ATM berkhidmat di bawah pentadbiran British di Tanah Melayu dahulu.

‘‘Perkara ini sedang dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah saya akan jumpa beliau hari ini.-Utusan Malaysia

Komentar KP : Kalau Pakatan Rakyat yang perintah,konfem imbuhan seperti ini masuk ke poket bekas anggota komunis....bukan kah Mat Sabu kata pejuang komunis pun pejuang negara.....Tahniah BN kerana prihatin dengan nasib bekas perajurit negara

3 comments:

  1. sapa suruh berenti..dh ssh mcm2 nk minta..

    ReplyDelete
  2. mereka minta duit awk ke....jgn la busuk hati...x baik...setahu sy ramai jg yg di berhentikan di atas masalah keihatan...jgnlah dengki sesama ugama,bangsa...bukan kita sorang je nak hidup diatas dunia yg sementara ni..

    ReplyDelete
  3. Bagi la dia hidup sorang dalam dunia ni, dia ingat hidup dalam dunia ni bolih menongkat langit.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.