Sunday, March 11, 2012

Program Anwar Dipulau Rakyat Negeri Sendiri


Walkabout Anwar dipulau rakyat negeri sendiri ...memang cukup memalukan la kalau 300 orang je hadir . Itu pun semua penyokong tegar PKR dan DAP .  Apahal pulak pembodek-pembodek Anwar ini bising dan marah kepada kaum India kononnya memboikot program Pakatan . 

Dei...sendiri mau ingat la .. Kg Buah Pala dulu Sivaji PKR ini la pergi janji tak roboh . Sekarang dah roboh , mau pergi percaya kaki penipu ini lagi ka ??

Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang akhir-akhir ini secara relatifnya gagal menarik kehadiran ramai peserta seperti selalu.

Dalam acara terkini di Little India pada 8 Mac lalu, kurang daripada 300 hadir sehingga pemimpin Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat arahan supaya penduduk setempat, yang kebanyakan peniaga supaya "memulaukannya".

Anggota majlis negeri L Anand bersetuju terdapat kekurangan peniaga yang ketara kali ini, tidak seperti sebelum ini di mana mereka dikatakan selalu 'tunjuk muka' dalam majlis parti politik tak kira daripada BN atau Pakatan.

"Ini tidak adil kerana peniaga sepatutnya bersikap neutral," katanya yang juga anggota DAP kepada Malaysiakini.

Dalam lawatan dua harinya, Anwar menghadiri pelbagai program, antaranya majlis makan malam kutipan derma di Bayan Baru, ceramah di Tasek Gelugor dan menyampaikan pidato mengenai demokrasi dan ekonomi bersama ketua menteri.-Generasi Pejuang Bangsa

Komentar KP : Dulu boleh lah Anwar tipu orang,sekarang orang pulak yang tipu dia balik,program tiada sambutan,macam mana nak jadi PM...berangan je la!!!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.