Tuesday, March 13, 2012

GEMPAR!! Wujud Bukti Anwar Bekerja Untuk Kepentingan AS ??


Belum pun reda pendedahan mengenai pembabitan agensi perisikan antarabangsa dalam membantu kemenangan pembangkang pada 2008, kini terbongkar pula satu lagi bukti yang menunjukkan hubungan istimewa antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak asing.

Bukti tersebut berupa sepucuk surat dari Bank Dunia bertarikh 24 Januari 2006 serta layanan istimewa yang diterima Ketua Pembangkang itu sehingga beliau diberi kelulusan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) untuk memiliki visa J1, sedangkan visa tersebut hanya dikeluarkan kepada sesiapa yang bekerja demi kepentingan AS.

Dalam suurat itu menyebut jika anda bukan warganegara AS yang menjalankan mana-mana bahagian tugasan ini di AS, anda mesti memiliki visa yang sah dan kebenaran kerja yang sah yang membolehkan anda untuk menerima pekerjaan dengan Kumpulan Bank Dunia di AS untuk tempoh tugasan ini dan apa-apa pelanjutan daripadanya, di mana visa dan kebenaran kerja itu boleh dipohon di Kedutaan atau Konsulat AS”.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.