Monday, March 12, 2012

PANAS !!! 2 Parasit PAS Bakal Disaman Dalam Minggu ini


BATU PAHAT – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr. Hasan Ali Datuk akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya.
Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman kepada dua pemimpin PAS itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini.
“Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia.
“Bila Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini,” katanya ketika ceramah Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah, di Dewan Jubli Intan, di sini.
Ceramah berkenaan dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk dari kawasan sekitar daerah ini.
Mahfuz sebelum ini dalam laman portal pembangkang mendakwa terdapat unit di bawah KBS telah menyumbang sebanyak RM30 juta bagi menaja siri ceramah Hasan di seluruh negara bagi menarik golongan muda memihak kepada kerajaan.
Sementara itu, Khalid pula dikatakan mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga JATI.
Komentar KP : Alahai Mahfuz dengan Khalid Gereja...fitnah la banyak-banyak lagi...banyak saman la korang kena hadap..haha

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.