Wednesday, March 28, 2012

IPTS Bakal Gulung Tikar Jika PTPTN Dimansuhkan


KUALA LUMPUR - Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.

"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?

Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita  selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang.     
    
Menteri Pengajian Tinggi itu berkata kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dalam mengurangkan beban pelajar dengan menukar status pembiayaan PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama untuk terus mecapai matlamat membentuk rakyat yang berdaya saing.

"Kalau kita pandai dapat kelas pertama, PTPTN itu tukar jadi biasiswa pada akhirnya...Kalau kata semua pelajar pun dapat kelas pertama, semua pun dapat biasiswa, jadi macam hapus jugalah PTPTN itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan tidak membezakan antara IPTA dan IPTS daripada segi matlamat ataupun pengambilan pelajar kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.

Malahan beliau berkata kerajaan menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.

"Maka antara pendekatan yang kita telah mulakan ialah dari segi pengambilan ataupun pinjaman tenaga akademik daripada IPTA kepada IPTS, kita juga buka pembiayaan untuk menyambung belajar kepada pensyarah-pensyarah IPTS seperti Mybrain15, kita juga benarkan IPTS bersama IPTA untuk melakukan kolaborasi dan membida peruntukan untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) dan sebagainya," katanya.
    
Mengenai program Mybrain15, Mohamed Khaled berkata pihak IPTS boleh berunding dengan pihak kerajaan bagi mengikat kontrak mana-mana pensyarah, namun mesti mengiktiraf peningkatan ilmu pensyarah itu dan perlu memberikan pendapatan yang berpatutan.

"Maknanya dia boleh kontrakkan, mungkin apa yang kita (KPT) boleh buat untuk bantu IPTS kita mungkin boleh rundingkan," katanya menambah bahawa tujuan kerajaan melahirkan lebih banyak pemegang doktor falsafah (PhD) di bawah program itu bukan sahaja bagi membantu sektor kerajaan tetapi semua sektor termasuk swasta.
    
MyBrain 15 ialah agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan Transformasi Pengajian Tinggi Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk melahirkan bilangan pemegang PhD yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara.- Bernama



Komentar KP : Anwar berjanji kosong sahaja,tengoklah 16 Sept dahulu pun dia boleh tipu kata nak tawan Putrajaya ,inikan pula mansuh PTPTN...semua dia punya Auta !!

2 comments:

  1. Hapus PTPTN hanya salah satu IKLAN GEAND SALE pembangkang dekat pilihanraya,janji pembangkang kalau boleh semua nak istihar FREE,ada ke dalam dunia ini macam?

    ReplyDelete
  2. pembangkang nak hapuskan PPTN kerana agenda menukar nama lorong kunyit (pondan ) di seluruh negara kepada Lorong Anuwar Ibrahim al Juburi.. Semua ini memerlukan dana yg besar. Ini adalah kerana mereka mesti memberikan biasiswa kepada pondan agar kekal berniaga di malam hari.. Kalau hari cuaca buruk tentu susah pondan2 ni nk cri makan. Maka biasiswa utk golongan pondan Lorong Anuwar Ibrahim yg akan dimulakan sbaik sahaja malam kemenangan PKR memenangi PRU1È

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.