Tuesday, March 27, 2012

[MESTI BACA] Bahaya Tuntutan Dong Zhong,Kerajaan Jangan Kasi Muka Sangat!!!



Kita mula melihat bagai ada sesuatu yang lebih dalam sifat Dong Zhong dari sekadar pertubuhan yang berteraskan akademik.    Dong Zhong seolah-olah satu ‘agama’ di mana kaum Cina hanya akan menurut setiap rentak yang dimainkan mereka tanpa berfikir dua kali mengenai kerasionalan ataupun akibat darinya.

Dengan bantahan terbaru Dong Zhong, kaum Cina tidak lagi boleh menafikan bahawa Dong Zhong atau diri mereka sendiri, majoritinya, adalah bersifat rasis tegar.

Tidak ada sebuah pertubuhan pun yang menjadikan pemisahan antara kaum di sekolah sebagai matlamat utama, selain pertubuhan Dong Zhong. Dan bagi melonjakkan pemisahan kaum ini ke tahap yang lebih tinggi, Dong Zhong sekarang mendesak agar tiada guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibekalkan di sekolah-sekolah Cina.  Dalam ertikata lain, pertubuhan ini enggan menerima guru dari kaum lain kerana sudah tentulah kaum Cina sahaja yang fasih berbahasa Mandarin. 

Dong Zhong tetap mengemukakan bantahan ini walaupun mereka tahu bahawa tidak ramai kaum Cina yang berminat menjadi guru yang mana menjadikannya mustahil bagi kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka. .

Justeru, apakah motif sebenar di sebalik drama protes ini sehingga menyebabkan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong, diserang?

Apakah Dong Zhong sengaja mengenakan tekanan tanpa sebab terhadap kerajaan kerana ingin mendemonstrasi kuasa mereka – ala kongsi gelap Cina?

Kenapakah Dong Zhong merasakan yang sekolah Cina berhak menerima layanan istimewa atau diberikan keutamaan yang tidak dinikmati oleh Sekolah Tamil mahupun sekolah Agama?   Bukan semua guru-guru di sekolah Tamil fasih berbahasa Tamil, terutamanya guru yang mengajar Bahasa Kebangsaan.  Dan bukan semua guru sekolah agama boleh bertutur bahasa Arab dengan lancar.
Jadi, kenapakah Sekolah Cina perlu lebih istimewa dari yang lain?

Lebih dari itu, Dong Zhong juga sedia maklum bahawa terdapat 60,000 murid-murid bukan Cina di sekolah Cina.  Ramai di antara mereka adalah kaum Melayu dan beragama Islam.  Memandangkan sekolah Cina juga tertakluk kepada silabus dan peperiksaan Malaysia, guru-guru agama telah dihantar untuk mengajar matapelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah ini.  Andainya kerajaan tunduk kepada tuntutan Dong Zhong, di manakah kita boleh mencari beberapa kerat Ustaz dan Ustazah yang fasih berbahasa Mandarin untuk dihantar ke sekolah Cina?

Atau, apakah ini cara licik Dong Zhong untuk ‘membuang’ murid-murid bukan Cina dari sekolah Cina?
Jelas sekali yang Dong Zhong sebenarnya enggan ada kena mengena langsung dengan kaum-kaum lain di Malaysia. 

Sekolah hanyalah sebahagian dari keseluruhan agenda rasis mereka.  Agenda yang lebih besar ialah memastikan tiada kaum lain diambil bekerja atau diberi peluang dalam sektor ekonomi yang didominasi kaum Cina. Untuk ini, mereka meletakkan Bahasa Mandarin sebagai keperluan utama dalam iklan-iklan kerja yang ditawarkan.

Berdasarkan semua perkembangan ini, bukanlah satu kesalahan jika menyatakan bahawa matlamat utama Dong Zhong ialah untuk ‘merombak’ Malaysia dengan memadamkan kesan-kesan kaum lain, terutamanya kaum asal, dan mendakwa bahawa negara ini adalah hak mereka sepenuhnya dengan kaum mereka menjadi tuan dan kaum lain sebagai hamba.

Jika Dong Zhong meneruskan tuntutan rasis dan tidak masuk akal mereka, kita hanya boleh menyarankan agar semua sekolah-sekolah Cina diswastakan sahaja.  Dong Zhong tidak sepatutnya meminta lebih sumbangan dan peruntukan dari kerajaan sedangkan di masa yang sama mereka membakulsampahkan segala kebaikan dan jasa kerajaan terhadap mereka.

 Sedangkan, membenarkan kaum Cina dan kaum-kaum lain mempunyai sekolah berasingan adalah amalan luar biasa bagi sesebuah negara, di mana dengan sendirinya membuktikan bahawa kerajaan Malaysia amat bertoleransi dan ikhlas.  Meminta lebih dari itu, adalah jelas bersikap tamak dan jahat. 
Kita hanya boleh bertanya kenapakah terlalu mendalam kebencian Dong Zhong terhadap kaum lain?  Kenapa mereka enggan bercampur gaul dan hidup bersama dalam harmoni?

Malangnya, penulis tiada jawapan untuk soalan itu.  Mungkin, ia disebabkan darah komunis yang mengalir dalam tubuh mereka

Komentar KP :Orang cina menuduh PERKASA sebagai kumpulan pendesak Melayu,Dong Jiao Zhong apa pulak,ini geng pendesak bangsa mana pulak??Jangan asyik bermain tarik tali dalam hal ini dan bersikap rasis terhadap kaum lain.Kita hidup dan harmoni lebih 50 tahun,jangan cuba membakar lagi api perkauman yang pernah terbakar 13 Mei 1969.Ibarat pepatah melayu,"sudah diberi betis hendak paha pula".

1 comment:

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.