Tuesday, March 27, 2012

Suara Mahasiswa :Pengakuan Berani Mati Bekas Pemimpin PRO- M


Mungkin ramai mahasiswa di Malaysia beranggapan bahawa Perjuangan Pro-Mahasiswa merupakan perjuangan yang suci. Bagi HE perjuangan Pro-M ini hanyalah perjuangan 'Tin Kosong' yang mana hanya berbunyi tetapi tidak memberi manfaat. Sebelum ini HE ada mendedahkan serba sedikit latar belakang Pro-M yang HE gelarkan 'PAS KECIK' dan 'PKR KECIK' diSINI

Pro-M yang sering digelarkan sebagai pejuangan membela nasib Mahasiswa hanyalah ilusi semata-mata yang mana mereka hanya pandai bermanifesto tetapi tidak menunaikan segala janji. Disebabkan perkara ini Khairul Nizam yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam di UTM. Bayangkan orang no. 1 yang diharapkan oleh Pro-M untuk mengucar-kacirkan kepercayaan mahasiswa kepada ASPIRASI tetapi gagal kerana Sdr Nizam telah sedar dan bertindak nekad untuk keluar daripada perjuangan Pro-M yang nyata sia-sia yang mana hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya. Untuk makluman, Persatuan Mahasiswa Islam ialah sebuah badan dibawah GAMIS dan sebaris dengan perjuangan Ma'ruf Club dan Ikatan Studi Islam. Pertubuhan ini ialah dibawah Pro-M bersama SMM. Namun SMM dan GAMIS kebanyakannya tidak sebulu dalam landasan perjuangan. 



Untuk makluman, Nizam dan Safwan Anang pernah seTamrin di Universiti Malaya Nilam Puri (gambar). Nizam yang sekarang penuntut tahun 4 Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UTM seorang anak jati Selangor telah menyertai Pro-M pada tahun 2006 dan keluar pada tahun 2009...Selepas melihat perjuangan pro-M yang ternyata gagal membela mahasiswa. Nizam telah bertindak nekad untuk keluar dari perjuangan Pro-M lalu menyertai ASPIRASI sehingga kini..

"Landasan perjuangan bersama PMI ialah perjuangan yang saya kira saya seolah dipergunakan"-Khairul Nizam...

ikuti pendedahan Ekslusif ini yang mampu membuatkan PRO-M panas punggung!!!


Sumber : Harapan Esok


Komentar KP : Syabas saudara Khairul Nizam atas semangat kental saudara untuk mendedahkan kebenaran sebenar Pro-M .Kita jangan takut untuk mendedahkan kebenaran kerana kita dipihak yang benar .Pro-M sudah kira cukup tertekan dengan kenyataan terbuka saudara...

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.