Menurut laporan sebuah blog, kamisedia.blogspot.com, Ustaz Salleh Man berasa tertekan kerana PAS dalam kerajaan Pulau Pinang seumpama melukut ditepi gantang apabila selalu disisihkan dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan hal ehwal Agama Islam.
Selain itu, blog terbabit juga mendedahkan bahawa pemimpin utama PAS negeri tersebut tidak dapat menerima jika DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.
Blog terbabit juga mendedahkan gambar pertemuan Salleh Man bersama dengan penyelaras BN Dun Permatang Pasir, Tuan Haji Rahim Man dan juga Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Saudara Zaidi.
Tahun lepas, negara dikejutkan dengan pendedahan bekas Pengarah Strategik pilihanraya DAP yang membongkarkan usaha parti tersebut yang didakwa mahu kristian dijadikan agama rasmi negara.
Berikutan pendedahan tersebut, beliau mendapat pelbagai ugutan dari bekas partinya.- UtaraNews
Komentar KP :Nampaknya, Ust Salleh Man baru sedar bahawa dia telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar dan Guan Eng,PAS P.Pinang hanya ibarat melukut di tepi gantang sahaja dan pencacai di dalam PR.Sudah tiba masanya,kejutan perlu dilakukan untuk memberi tamparan hebat buat PAS dan PR.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.