Saturday, March 31, 2012

Sokong Mansuhkan Caj Perkhidmatan PTPTN


Dikala Pakatan Rakyat sibuk berkempen untuk memansuhkan PTPTN jika berjaya mendapat mandat menjadi kerajaan ,pelbagai tafsiran dan reaksi daripada pelbagai pihak timbul ,ada yg sokong dan ada yang membantah .Tetapi ,di dalam menghadapi kemelut isu PTPTN ini,KP tertarik dengan pandangan  Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang membahaskan mengenai kemelut isu PTPTN ini.


Beliau mencadangkan supaya PTPTN ini tidak dimansuhkan,hanya caj perkhidmatan PTPTN dimansuhkan dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. KP amat bersetuju dengan pandangan beliau kerana banyak pihak yang telah mempertikai mengenai caj perkhidmatan ini yg dikatakan punyai unsur riba dan dahulunya peminjam dikenakan caj 3% berbanding sekarang yang ditukarkan kepada sistem baru 1% sahaja iaitu melalui sistem ujrah yg kononnya berkonsepkan syariah.

Ikuti kupasan dan pandangannya mengenai caj perkhidmatan PTPTN  di blognya http://www.asyrafwajdi.com


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.