“Sama ada penjajah dulu menindas golongan tertentu di kalangan rakyat atau pemimpin yang dipilih rakyat menjadi pentadbir kemudian menindas pihak tertentu di kalangan rakyat.. kategorinya sama saja seperti penjajah. Dalam Islam dosanya sama saja.
“Samalah seperti apa yang Guan Eng, DAP lakukan sekarang menjadi penjajah moden. Kalau dulu penjajah pentingkan siapa yang duduk di bandar, di Georgetown, di Bagan yang ada terlibat dalam aktiviti pelabuhan, meniaga rempah ratus yang boleh di bawa ke London… golongan ini diberi keutamaan.
“Hari ini Guan Eng pun buat perkara yang sama utamakan golongan tertentu di negeri ini sedangkan Pulau Pinang bukan hak orang kaya atau orang senang di mana orang kampong disisihkan, orang susah tidak dibela.. ini sama seperti penjajah dulu”, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman kepada UMNO-Online.
Sebagai contoh tegasnya semua perkara yang elok-elok diletakkan di bahagian pulau manakala yang tidak bagus dilonggokkan di seberang.
“Kalau ada kilang atau industri yang ada risiko seperti kilang solar panel dan sebagainya dibuat di seberang, tidak dibuat di pulau, kalau ada rumah kos rendah yang mungkin ada bau busuk, ‘low class’, tempat pembuangan sampah dibuat di seberang.
“Di bahagian pulau semua untuk kompleks perniagaan, tiada rumah kos rendah, rumah yang dibina hanya berharga ratusan atau jutaan ringgit. Sedangkan Pulau Pinang bukan hak orang kaya atau orang senang saja”, ujarnya.
Justeru katanya pentadbiran DAP di bawah kepimpinan Lim Guan Eng jelas mengutamakan kelompok tertentu saja manakala rakyat yang miskin dan tidak berkemampuan disisihkan secara terancang.
DAP khususnya Guan Eng jelas beliau lagi bukan sahaja mentadbir cara penjajah malah bersifat diktator kerana tidak boleh langsung ditegur dan dikritiik.
“Kita tengok selama 45 tahun DAP menjadi pembangkang, mereka boleh bangkang apa saja yang kerajaan BN buat, takde kes mahkamah… kalau ada pun satu dua kes kita bawa ke mahkamah.
“Tetapi DAP baru saja perintah di negeri ini empat tahun… apa saja yang kita bangkang, kritik semua nak bawa ke mahkamah.. Utusan Melayu, UMNO-Online, Pemuda UMNO semua dia nak saman, nak bawa ke mahkamah hanya kerana kita kritik pentadbiran DAP”, ujarnya.
Hakikatnya tegas beliau DAP telah gagal melaksanakan mandat dan amanah yang diberikan rakyat.
Jelas beliau selama empat tahun memerintah Pulau Pinang apa yang rakyat dapat hanyalah impian semata-mata.
Lebih malang lagi tambahnya DAP, Guan Eng bersifat bongkak kononnya apa yang dicapai di negeri ini semuanya adalah kerana pentadbiran mereka.
“Hakikatnya selama empat tahun kebelakangan ini, kerajaan pusat BN telah belanjakan RM22.5 billion hanya kerana mahu melihat Pulau Pinag terus hidup walaupun telah dikuasai pembangkang. Malangnya ia telah dijadikan senjata DAP kononnya itu semua mereka yang buat.
“Sebenarnya apa yang mereka buat selama empat tahun ini? Yang mereka buat hanya satu modal saja iaitu terus menanamkan kebencian rakyat kepada UMNO… tiada modal apa… tak perlu labur RM100 juta, tak payah bagi orang miskin RM50 juta, tak perlu bangunkan masjid, kemudahan awam cuma siang malam tanam kebencian rakyat terhadap UMNO, serang UMNO”, katanya.
Justeru beliau berharap rakyat khususnya di Pulau Pinang sedar akan gaya politik sempit DAP ini yang hanya bijak bersandiwara, beretorik kosong sedangkan gagal untuk membela rakyat secara keseluruhannya. -MediaUMNO

Guan Eng Lu balik lu punya kampung laaa
ReplyDeletejgn buat hal di penang
Anak Bagan