Monday, April 2, 2012

PAS Selangor Kata Isu Murtad Perkara Kecil Sahaja



SHAH ALAM – Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.

“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.

“Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.

“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.

“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya.

Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu.

Komentar KP : Alahai PAS,isu murtad yang melanda umat islam dikatakan perkara kecil .dimana pendirian PAS tentang kemasalahatan umat islam,patutla banyak kes murtad di Selangor,PAS buat tak tahu je!!

2 comments:

  1. isu murtad masaalah berat dan besar.inilah yang disuarakan dato hasan ali.apa bolih buat hanya dia saorang saja nak menyelesaikan masaalah ini.pas pulak hentam dia balik kerana terpaksa ikut cakap dapkr.

    ReplyDelete
  2. paspanglimasaujanaApril 7, 2012 at 5:26 PM

    hasan jati, hang kan ada phd, tak kan isu ni hang tak leh settle, perkossa kan ada, pi laa bagi tahu depa sama, kuasa ke 4 tuuu.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.