Sebelum ini,KP ada menulis mengenai laporan doa khutbah jumaat di Masjid Taman Guar Perahu dipolitikkan oleh khatib jemputan masjid terbabit .klik sini dan klik sini
Dibawah perkembangan terbaru isu ini..
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Sazali Hussein berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dijadualkan berlangsung pada tarikh tersebut.
Menurut Sazali, pihaknya sendiri sudah mendengar rakaman serta membaca skrip khutbah itu dan menemuramah beberapa ahli jawatankuasa masjid berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan membuat sebarang kesimpulan daripada siasatan awal itu.
"Biar mesyuarat MAIPP pada 10 Julai nanti menentukan sama ada terdapat kes atau tidak dalam isu ini.
"Ini kerana sekarang sudah ada dua kumpulan yang membuat tafsiran berbeza mengenai isu ini. Ada pihak mengakui perkara itu berlaku, manakala ada mengatakan ia hanya fitnah dan sudah membuat laporan polis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, beberapa ahli kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq menyerahkan memorandum kepada JHEAIPP berhubung dakwaan seorang khatib membaca doa meminta Kerajaan Pusat digulingkan ketika menyampaikan khutbah di masjid itu Jumaat lalu.
Penyerahan memorandum itu bertujuan memohon dijalankan siasatan terhadap khatib jemputan terbabit kerana tindakannya menyinggung perasaan umat Islam di kawasan terbabit.
ini lah akibatnya bernabikan nik aziz kutuk..subhanallah
ReplyDelete