SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang juga bekas Timbalan Presiden Pas belum pasti akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, sebagai ahli parti itu, ruang untuk Nasharuddin dicalonkan semula masih ada.
"Namun ada juga kemungkinan beliau tidak akan dicalonkan semula. Ini bergantung pada keputusan pimpinan tertinggi parti. Dalam soal ini, siapa pun ada ruang dan pada masa yang sama, mungkin ruang itu tidak ada," katanya.
Mohamad berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Nasharudin tidak akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.
Pada Jun 2011, Nasharudin yang bertanding mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas yang disandang sejak 2005 tewas dalam persaingan tiga penjuru kepada Mohamad. Seorang lagi calon ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam pada itu, timbul ura-ura parti Pas akan mencalonkan Ketua Dewan Pemuda Pas Bachok, Ahmad Marzuk Shaary. Turut disebut-sebut Arif Fahmi Abdul Rahman yang juga menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Wan Nik Wan Yusoff yang tewas kepada penyandang kerusi, Datuk Dr Awang Adek Hussain pada pilihan raya umum lalu.

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.